10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Tahap BDNF Secara Semula Jadi.

Ramai ibu bapa memberi tumpuan kepada pemakanan yang menyokong tumbesaran fizikal anak, tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa otak juga memerlukan nutrisi khusus untuk berkembang dengan sihat. Salah satu komponen penting dalam perkembangan otak ialah BDNF atau Brain-Derived Neurotrophic Factor, sejenis protein yang membantu pembelajaran, ingatan dan keupayaan otak untuk berubah dan berkembang (neuroplasticity).

BDNF berperanan menyokong pertumbuhan dan kekuatan sambungan antara sel-sel otak (neuron). Ia sangat penting semasa fasa perkembangan kanak-kanak apabila otak sedang membina rangkaian pembelajaran baharu setiap hari. Walaupun tahap BDNF cenderung menurun apabila usia meningkat, kita boleh bantu anak-anak meningkatkan paras BDNF secara semula jadi melalui pemakanan harian mereka.

10 Makanan untuk Meningkatkan Tahap BDNF Secara Semula Jadi.

Berikut ialah senarai makanan yang terbukti menyokong penghasilan BDNF dan sangat sesuai dijadikan sebahagian daripada diet harian anak anda:

1. Teh Hijau
Kaya dengan antioksidan dan L-theanine yang memberi rasa tenang dan fokus. Secawan teh hijau di waktu dapat meningkatkan fokus dan tahap waspada. 

2. Blueberi
Kajian mendapati ekstrak blueberi membantu meningkatkan memori dan daya pembelajaran. Buah yang kaya flavonoid dan antioksidan yang tinggi turut membantu meningkatkan fungsi konitif. Wild blueberry yag organik adalah pilihan terbaik kerana kandungan antioksidannya lebih tinggi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

3. Anggur Merah
Mengandungi resveratrol dan polifenol yang menyokong kesihatan otak. Pilih anggur berwarna gelap dan organik untuk mengelakkan sisa racun perosak. Sesuai dijadikan snek sihat dalam bekal anak ke sekolah.

4. Extra Virgin Olive Oil
Minyak ini mengandungi polifenol penting untuk melindungi sel-sel otak daripada kerosakan. Gunakan sebagai salad dressing atau dimakan begitu sahaja. Pastikan anda pilih minyak zaitun yang diperah dengan kaedah cold-pressed dan berwarna keemasan kehijauan dengan aroma semula jadi untuk mendapat khasiat yang lebih maksimum.

5. Extra Virgin Olive Oil
Minyak ini mengandungi polifenol penting untuk melindungi sel-sel otak daripada kerosakan. Gunakan sebagai salad dressing atau dimakan begitu sahaja. Pastikan anda pilih minyak zaitun yang diperah dengan kaedah cold-pressed dan berwarna keemasan kehijauan dengan aroma semula jadi untuk mendapat khasiat yang lebih maksimum. 

6.Kunyit
Kunyit mengandungi curcumin iaitu sejenis polifenol yang terbukti meningkatkan BDNF. Untuk kesan maksimum, kunyit perlu diambil bersama lada hitam dan sumber lemak seperti minyak zaitun untuk penyerapan yang maksimum.  

7. Coklat Gelap
Coklat yang tinggi kandungan koko mengandungi flavanol yang menyokong penghasilan BDNF dan meningkatkan aliran darah ke otak. Kandungan theobromine didalamnya untuk meningkatkan memori dan fungsi kognitif. Pastikan pilih coklat gelap tanpa gula tambahan untuk manfaat maksimum dan ambil dalam kuantiti yang sederhana.



Sebagai ibu bapa, kita sering memberi tumpuan kepada akademik, tetapi kadangkala kita lupa bahawa otak anak perlukan ‘bahan bakar’ yang betul untuk berkembang dengan sihat. BDNF ialah protein penting yang boleh ditingkatkan secara semula jadi melalui pemakanan. Dengan membuat pilihan makanan yang tepat, kita bukan sahaja membantu anak jadi lebih bijak dan fokus, malah membina asas yang kukuh untuk masa depan mereka.

Jadikan dapur anda sebagai ‘pusat perkembangan otak’ kerana setiap sajian yang sihat adalah satu pelaburan untuk kecemerlangan anak.

error: Content is protected !!