5 Tanda Anak Speech Delay Perlukan Sokongan Pemakanan Tambahan

Speech delay atau kelewatan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak bukan lagi isu terpencil. Menurut pakar, sekitar 5-10% kanak-kanak berdepan dengan kelewatan bahasa yang boleh berpunca daripada pelbagai faktortermasuk genetik, rangsangan persekitaran, masalah pendengaran dan yang sering diabaikan, kekurangan nutrien penting dalam diet harian.

Pemakanan yang betul bukan sahaja penting untuk tumbesaran fizikal, malah turut menyokong perkembangan otak dan sistem saraf yang memainkan peranan penting dalam kemahiran bahasa dan komunikasi.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut, ini mungkin petunjuk bahawa mereka memerlukan sokongan nutrisi tambahan untuk menyokong perkembangan pertuturan.

1. Anak Sudah Melebihi 2 Tahun, Tetapi Masih Tidak Menggunakan Perkataan Dengan Konsisten

Salah satu tanda utama speech delay ialah apabila anak berumur 2 tahun tetapi masih belum boleh menyebut sekurang-kurangnya 50 perkataan atau belum mula membina frasa dua perkataan seperti “nak susu” atau “mahu main”.

Otak dan saraf memerlukan Omega-3 (terutamanya DHA) untuk menyokong sambungan neuron dan perkembangan bahasa.

2. Anak Faham Arahan, Tapi Tidak Mampu Menyampaikan Balik

Ada anak yang kelihatan faham apa yang disuruh seperti ambil barang, tutup pintu, duduk diam tetapi mereka tidak mampu mengekspresikan apa yang mereka mahu atau rasa melalui perkataan. Ini menunjukkan pemahaman (receptive) lebih baik daripada ekspresi (expressive).

Nutrien seperti Phosphatidylserine dan Choline memainkan peranan dalam pemprosesan maklumat dan pengeluaran bahasa lisan.

3. Kurang Fokus Semasa Berkomunikasi

Anak yang mengalami speech delay juga sering menunjukkan tumpuan yang rendah, tidak memberi respons apabila dipanggil atau mudah terganggu semasa bercakap atau diajak bermain. Ini boleh menunjukkan gangguan pada fungsi kognitif yang menyokong komunikasi. Magnesium, Vitamin B6 dan Zink diketahui menyokong sistem saraf dan tumpuan, serta bantu kestabilan emosi yang diperlukan dalam interaksi sosial.

4. Selalu Kelihatan Letih atau Kurang Berminat Untuk Berinteraksi

Kekurangan tenaga mental dan fizikal turut menjejaskan motivasi anak untuk berlatih bercakap. Mereka mungkin lebih suka bermain sendiri, tidak menunjukkan minat terhadap lagu atau cerita dan tidak cenderung meniru bunyi-bunyi sekeliling. Multivitamin dan antioksidan membantu melindungi sel otak dan menyokong tahap tenaga serta sistem imun, supaya anak lebih aktif dan responsif dalam pembelajaran harian.

5. Anak Terlalu Picky Eater Hingga Gagal Dapat Nutrien Penting

Ramai anak yang speech delay juga adalah picky eater, tidak suka sayur, ikan atau makanan bertekstur tertentu. Ini menyebabkan mereka tidak mendapat nutrien asas yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan otak, termasuk asid lemak penting, vitamin dan mineral. Dalam kes seperti ini, sokongan pemakanan tambahan (suplemen) yang selamat dan sesuai mengikut umur boleh membantu menampung kekurangan nutrisi harian.

Nutrien Utama Yang Menyokong Perkembangan Pertuturan

Berikut ialah beberapa nutrien penting yang terbukti menyokong perkembangan otak dan komunikasi:

  • DHA & ALA (Omega-3) – menyokong sambungan saraf dan perkembangan bahasa
  • Phosphatidylserine & Choline – penting untuk fokus, memori dan komunikasi
  • Magnesium, Zink & Vitamin B Kompleks – bantu kestabilan mood dan tumpuan
  • Multivitamin & Prebiotik – sokong kesihatan usus dan penyerapan nutrien, yang turut berkait dengan fungsi otak

Sokongan nutrisi tidak menggantikan terapi pertuturan tetapi ia boleh mempercepatkan kemajuan apabila digabungkan dengan rangsangan yang betul.

Otak yang sihat, aktif dan cukup nutrien lebih mudah menyerap input dan membina sambungan bahasa. Jika anak ibu ayah menunjukkan tanda-tanda kelewatan pertuturan, jangan tunggu terlalu lama.

Rujuk pakar, beri rangsangan yang sesuai dan pastikan pemakanan anak menyokong perkembangan minda dan pertuturannya.

error: Content is protected !!