“Setiap anak dilahirkan dengan potensi luar biasa. Tapi tanpa latihan dan bimbingan yang betul, potensi itu mungkin tidak akan pernah bersinar.”
Jika kita sanggup melabur untuk melatih anak bermain piano, berenang atau sukan kenapa tidak melatih otak anak seperti atlet melatih tubuh?
Realitinya, otak anak boleh dilatih, diasah dan diperkasa, sama seperti atlet profesional membina kekuatan, disiplin dan fokus. Dengan pendekatan yang betul, kita bukan sekadar bantu mereka skor dalam pelajaran malah kita bantu mereka membina kehidupan.
Neuroplasticity adalah keupayaan otak untuk berubah, berkembang dan mencipta sambungan baharu apabila dirangsang.
Bayangkan otak seperti otot. Lagi kerap ia digunakan dan dilatih, lagi kuat dan cekap ia berfungsi.

Namun untuk hasil maksimum, otak anak perlukan kombinasi 3 perkara:
✅ Latihan minda yang konsisten
✅ Nutrisi yang menyokong perkembangan otak
✅ Rehat dan kestabilan emosi
5 Teknik Melatih Otak Anak Seperti Seorang Atlet
1. Rutin Fokus & Konsentrasi Harian
Latihan otak bukan semata-mata belajar lama-lama.
Apa yang lebih berkesan ialah:
- Belajar dalam slot fokus pendek tapi konsisten (contoh: 25:5)
- Aktiviti yang rangsang otak kanan dan kiri (melukis, menyanyi, membina)
- Pengulangan maklumat dalam pelbagai bentuk
2. Rehat & Tidur Berkualiti
Atlet perlukan recovery. Otak anak perlukan tidur berkualiti 9-11 jam sehari. Ini penting untuk:
- Mengukuhkan memori
- Menenangkan emosi
- Meningkatkan kecekapan kognitif
3. Nutrisi & Vitamin Minda
Otak perlukan ‘bahan api’ yang tepat. Di sinilah vitamin minda memainkan peranan penting terutamanya bagi anak yang sukar makan, picky eater atau mudah stres.
Ramai ibu bapa hari ini memilih Eskayvie Mindtropic, vitamin minda No. 1 pilihan ibu bapa di Malaysia. Dengan gabungan bahan seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monnieri, Magnesium, dan Selenium, ia membantu:
- Menguatkan daya ingatan
- Meningkatkan tumpuan
- Menstabilkan emosi
- Merangsang fungsi otak yang lebih aktif dan cergas
4. Kecerdasan Emosi
Anak yang bijak belum tentu stabil emosinya. Latih anak kenali dan urus emosi melalui:
- Aktiviti reflektif (bercerita, journaling)
- Teknik tenang (deep breathing, waktu berehat tanpa skrin)
- Sokongan tanpa tekanan berlebihan
5. Konsistensi = Kunci Segala-Galanya
Kejayaan bukan hasil sehari dua. Apa yang penting:
- Disiplin harian
- Sistem galakan (papan bintang, carta pujian)
- Komitmen ibu bapa untuk sentiasa membimbing dan menyokong

Siapa Jurulatih Otak Anak Sebenar?
Bukan guru. Bukan cikgu tuisyen. Tetapi anda sendiri, ibu dan ayah.
Anda adalah jurulatih minda pertama mereka. Setiap makanan yang anda pilih, setiap kata semangat yang anda ucapkan, setiap rutin harian yang anda bentuk, semuanya adalah latihan yang menentukan masa depan anak.
Otak Bijak, Hidup Hebat – Mulakan Hari Ini
Kita hidup dalam dunia yang makin mencabar. Anak-anak bukan saja perlukan ilmu, tetapi juga kekuatan mental dan kestabilan emosi untuk hadap masa depan.
Dengan pendekatan yang betul, latihan otak yang konsistendan sokongan nutrisi yang betul, kita sedang membuka jalan untuk mereka menjadi pelajar yang cemerlang, anak yang tenang dan yakin dan Individu yang mampu menyumbang kepada masyarakat.



