Ramai ibu bapa hari ini begitu komited memastikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran, bijak bercakap dan pantas berfikir. Tapi pernah tak kita berhenti sejenak dan bertanya, “Cara saya didik anak ni… bantu otak dia berkembang atau sebenarnya membantutkan?”
Tanpa sedar, ada tabiat harian yang kita anggap membantu rupa-rupanya memberi kesan sebaliknya pada perkembangan otak si kecil. Kita mungkin berniat baik tapi niat yang tidak diiringi ilmu boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang tidak kita jangka.

1. Anda Guna Skrin Sebagai ‘Pengasuh’?
Bila anak meragam, kita hulurkan tablet atau telefon. Anak duduk diam, kita rasa ‘selamat’. Tapi adakah otaknya benar-benar berkembang? Otak anak kecil bukan dicipta untuk duduk diam dan scroll. Ia perlu bergerak, bermain, dan berinteraksi secara langsung dengan dunia sebenar untuk membina sambungan saraf yang kuat.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terlalu lama terdedah kepada skrin berisiko lambat bercakap, mudah alami masalah tumpuan, susah untuk fokus dalam tempoh lama dan sukar memahami emosi.
Apa yang sepatutnya kita buat?
- Luangkan masa untuk bermain bersama anak setiap hari
- Libatkan mereka dalam aktiviti harian seperti memasak, berkebun, melukis dan membaca
- Biar mereka belajar dari dunia sebenar, bukan dari skrin semata-mata
2. Makanan Anak Penuh Gula & Jajan Proses?
Apa yang masuk ke perut, akan cerminkan prestasi minda. Kita semua pernah beri anak snek segera bila mereka lapar atau meragam. Tapi kalau jadi kebiasaan, itu sangat bahaya. Makanan tinggi gula dan makanan proses bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah boleh melemahkan fungsi otak.
Antara kesan jangka panjang pemakanan tidak seimbang adalah anak mudah letih dan lesu di sekolah, emosi tidak stabil, mudah tantrum atau murung, kurang fokus dan sukar mengingat maklumat.
Apa yang ibu ayah boleh buat?
- Biasakan anak dengan makanan segar dan penuh nutrien seperti ikan, telur, kekacang, sayur-sayuran berwarna dan buah beri
- Hadkan makanan proses dan minuman bergula
- Berikan sokongan nutrisi tambahan jika anak sukar makan sayur atau makanan berzat

3. Rutin Harian Anak Terlalu Padat?
Kita sering fikir lebih banyak aktiviti bermakna anak lebih berjaya. Tapi hakikatnya, otak anak tidak berfungsi seperti orang dewasa.Pagi sekolah, petang kelas tambahan, malam tuisyen online. Jadual anak yang terlalu padat tanpa ruang untuk berehat boleh menjadikan otak mereka penat dan stres secara senyap.
Waktu tidur dan waktu bermain sangat penting untuk kesihatan otak anak. Semasa tidur, otak akan menyusun semula maklumat yang dipelajari, memproses emosi, dan memberikan ruang untuk tubuh dan minda berehat sepenuhnya.
Tips mudahnya, ibu ayah boleh pastikan anak tidur sebelum jam 9 malam, jadikan waktu tidur rutin yang konsisten dan wujudkan masa “bebas belajar” untuk mereka bermain, melukis atau bersosial.
4. Anda Fokus Akademik Tapi Abaikan Emosi?
Anak mungkin lancar membaca dan mengira tapi adakah mereka tahu mengurus perasaan? Tahu bagaimana nak berkawan, selesaikan konflik atau menghadapi tekanan Kebijaksanaan sebenar bukan hanya akademik tapi kecerdasan emosi.
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mampu mengurus emosi mereka lebih berjaya dalam pembelajaran jangka panjang, lebih yakin berkomunikasi dan lebih mudah membina hubungan sosial yang sihat.
Apa yang boleh ibu ayah bantu?
- Ajarkan anak mengenal emosi-sedih, marah, kecewa, takut
- Galakkan mereka meluahkan perasaan melalui kata-kata dan bukan tantrum
Ramai ibu bapa silap faham bahawa lebih banyak belajar bermakna anak lebih bijak. Tapi hakikatnya, otak anak perlu dirangsang secara menyeluruh melalui kasih sayang, aktiviti fizikal, emosi yang stabil dan pemakanan yang betul.
Ingin pastikan otak anak anda dapat rangsangan terbaik setiap hari?
✅ Sertakan makanan otak dalam diet harian mereka
✅ Luangkan masa berkualiti bersama
✅ Sokong dengan vitamin minda pilihan nombor satu ibu ayah, Eskayvie Mindtropic yang boleh bantu anak lebih fokus, lebih tenang dan lebih berani menonjolkan potensi sebenar.