Di era digital hari ini, teknologi bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian anak-anak. Seawal usia bayi, mereka telah terdedah kepada video pembelajaran, mainan pintar dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Namun di sebalik ini, muncul satu persoalan, “Adakah AI benar-benar membantu perkembangan otak anak atau sebenarnya sedang menjejaskannya?” Sebagai ibu ayah moden, penting untuk kita memahami bagaimana AI berperanan dalam membentuk atau mungkin membantutkan perkembangan otak anak.
Bagaimana Otak Anak Berkembang?
Otak kanak-kanak mengalami perkembangan paling pesat dalam 6 tahun pertama. Dalam tempoh ini, lebih sejuta sambungan saraf (synapses) terbentuk setiap saat. Setiap pengalaman yang dilalui baik dari segi sentuhan, suara, pergerakan atau emosi akan mempengaruhi cara otak mereka berkembang.

Fungsi utama yang terbentuk dalam fasa ini termasuk:
- Kebolehan belajar dan menyerap maklumat
- Daya tumpu dan ingatan jangka pendek
- Pengurusan emosi dan stres
- Kemahiran sosial dan interaksi
AI dalam Kehidupan Anak Hari Ini
AI kini digunakan secara meluas dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan anak-anak sama ada kita sedar atau tidak. Antaranya termasuk:
- Aplikasi pembelajaran pintar
Aplikasi yang menggunakan AI untuk menyesuaikan tahap soalan atau aktiviti mengikut kemampuan anak - Mainan interaktif AI
Mainan yang boleh memberi respons, bercakap, menyanyi atau bertindak balas terhadap suara dan sentuhan anak, menjadikan sesi bermain lebih ‘hidup’. - Video berasaskan algoritma AI
Platform seperti YouTube Kids yang menggunakan AI untuk mengesyorkan video berdasarkan apa yang anak suka tonton yang secara tak langsung mempengaruhi apa dan bagaimana mereka belajar. - Peranti pemantauan tidur dan emosi
Alat pintar yang boleh mengesan corak tidur anak, emosi harian atau tingkah laku melalui kamera, sensor atau jam tangan digital untuk membantu ibu bapa memahami kesihatan mental dan fizikal anak dengan lebih baik.
Teknologi ini memberi kemudahan kepada ibu bapa dan menarik minat anak. Namun kita perlu memahami had dan risikonya terhadap perkembangan semula jadi otak.

Kesan Positif AI Terhadap Otak Anak
1. Pembelajaran Lebih Interaktif & Personal
Aplikasi AI mampu menyesuaikan tahap kesukaran, mengesan kelemahan dan memberikan sokongan mengikut kadar kemajuan anak.
2. Rangsang Minat dan Kreativiti
AI memperkenalkan anak kepada dunia sains, bahasa asing, muzik dan lukisan dengan cara visual dan mudah difahami.
3. Bantu Anak Secara Terperinci
Teknologi AI semakin banyak digunakan untuk menyokong pembelajaran anak autisme, ADHD atau disleksia melalui pendekatan yang lebih fleksibel dan mesra.
Risiko Jika AI Mengambil Alih Dunia Anak
1. Melemahkan Fungsi Kognitif
Anak yang terlalu bergantung pada AI untuk ‘belajar’ cenderung:
- Lemah fokus dan kurang sabar
- Kurang keupayaan berfikir secara kritikal
- Bergantung pada ‘jawapan segera’ tanpa usaha sendiri
2. Kurang Interaksi Sosial & Empati
AI tidak mampu menggantikan hubungan manusia sebenar. Jika anak lebih banyak berinteraksi dengan skrin berbanding manusia:
- Mereka kurang ekspresi emosi
- Lemah dalam membaca isyarat sosial
- Kurang empati terhadap orang lain
3. Gangguan Tidur & Emosi Tidak Stabil
Pendedahan skrin berlebihan, terutama sebelum tidur, terbukti:
- Mengganggu hormon tidur (melatonin)
- Menyebabkan anak sukar tidur lena
- Meningkatkan risiko tantrum dan keresahan
Apa Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan?
- Gunakan aplikasi berkualiti, bukan sekadar hiburan
- Tetapkan had masa skrin ikut usia anak (misalnya, tidak lebih 1 jam untuk umur 2-5 tahun)
- Dampingi anak semasa mereka menggunakan AI, bukan biar mereka bermain sendirian
- Pastikan aktiviti dunia nyata lebih dominan – membaca buku fizikal, bermain di luar, melukis, memasak bersama
Sokong Otak Anak dengan Nutrisi Sebenar, Bukan Teknologi Semata-mata
AI bantu anak belajar tetapi untuk fokus, cepat tangkap maklumat dan berkembang sihat, otak perlukan bahan binaan yang sebenar. Antara nutrien penting untuk perkembangan otak termasuk Phosphatidylserine, Bacopa Monnieri, Ashwagandha, Magnesium & Selenium yang terkandung dalam vitamin minda nombor satu pilihan ibu bapa, Eskavyie Mindtropic.
Kesimpulannya, teknologi akan terus berkembang dan AI akan jadi sebahagian daripada masa depan anak-anak kita Gunakan AI dengan bijak, seimbangkan teknologi dan interaksi sebenar dan pastikan otak anak sentiasa ‘dicaj’ dengan nutrisi yang lengkap. Bila otak anak berkembang seimbang barulah teknologi jadi pelengkap dan bukan punca yang merosakkannya.



