Zaman Dulu vs Sekarang: Adakah Anak-Anak Hari Ini Perlukan Vitamin Minda?

“Dulu tak makan vitamin pun boleh pandai.”
“Zaman kita dulu tak ada pun supplement minda.”
Kenyataan seperti ini sering kedengaran. Dan ya, memang ada benarnya. Anak-anak generasi lalu membesar dengan makanan kampung, banyak bermain di luar rumah dan hidup dalam dunia yang jauh lebih perlahan. Tetapi hari ini, kanak-kanak hidup dalam persekitaran yang sangat berbeza  dan otak mereka menghadapi cabaran yang generasi terdahulu tak pernah alami. Maka tak hairanlah jika sokongan seperti vitamin minda menjadi semakin relevan dan diperlukan.

1. Cabaran Hidup Anak Zaman Digital

Anak zaman sekarang membesar dikelilingi oleh teknologi. Seawal usia bayi, mereka telah terdedah kepada skrin (telefon pintar, tablet, TV), video pembelajaran, hiburan berterusan, aplikasi permainan pintar dan tekanan belajar seawal tadika. Dengan pendedahan berlebihan kepada rangsangan visual dan bunyi digital, otak anak bekerja tanpa henti, tanpa rehat dan sokongan yang mencukupi.

2. Pemakanan Tidak Seimbang Menjejaskan Prestasi Minda

Zaman dulu, makanan dimasak segar dan lebih berzat. Hari ini? Makanan segera dan jajan menjadi kebiasaan. kurang sayur, buah dan protein berkualiti, makanan tinggi kandungan gula, garam dan bahan perisa tiruan Kekurangan nutrien penting menyebabkan otak:

  • Mudah letih
  • Lemah fokus
  • Sukar mengurus emosi
  • Kurang motivasi belajar

Inilah antara sebab ibu bapa hari ini memilih untuk menambah nutrisi minda melalui vitamin yang menyokong perkembangan otak.

3. Tekanan Akademik Bermula Terlalu Awal

Sistem pendidikan masa kini menuntut anak untuk:

  • Cepat membaca, menulis dan mengira
  • Faham konsep kompleks seawal usia 5-6 tahun
  • Ikuti kelas tambahan atau tuisyen secara berterusan

Semua ini berlaku ketika otak mereka masih dalam proses pembinaan asas kognitif. Tanpa bantuan yang sesuai, anak boleh alami burnout awal, hilang minat belajar, takanan emosi dan kurang keyakinan diri.

4. Otak Anak Mudah ‘Overload’ Tapi Kurang Sokongan Dalaman

Otak anak zaman sekarang sering ‘terlebih rangsangan’ namun kurang mendapat nutrisi, rehat dan latihan semula jadi melalui aktiviti fizikal dan sosial. Akibatnya, ramai ibu bapa melihat anak mudah tantrum, sukar tidur malam, cepat terganggu tumpuan dan lemah dari segi kawalan emosi. Inilah bukti jelas bahawa sokongan dalaman untuk fungsi otak semakin penting.

5. Vitamin Minda: Menyokong, Bukan Menggantikan

Vitamin minda tidak dicipta untuk menggantikan peranan makanan sebenar atau gaya hidup sihat. Sebaliknya, ia melengkapkan keperluan nutrisi harian yang semakin sukar dipenuhi. Mindtropic Junior mengandungi Phosphatidylserine, Alpha-Linolenic Acid (ALA), Multivitamin & Mineral, Prebiotik, serta 22 ekstrak buah-buahan dan sayuran, termasuk Moringa. Semua ini dirumus khas untuk membantu anak-anak untuk meningkatkan fungsi kognitif anak-anak dan menyokong tumbesaran yang baik.

Ramai ibu bapa berkongsi bahawa selepas pengambilan konsisten, anak mereka:

 ✅ Lebih tenang dan mudah kawal emosi
✅ Lebih mudah fokus dalam kelas
✅ Lebih yakin dan berani menonjolkan diri

Dunia Anak Sudah Berubah, Maka Sokongan Kita Juga Perlu Berubah

Zaman dahulu, anak-anak membesar dengan cukup ruang untuk berkembang secara semula jadi, kurang tekanan, makanan lebih berkhasiat dan kehidupan yang lebih tenang. Tetapi hari ini, dunia berubah. Anak-anak terdedah kepada skrin sejak kecil, hidup dalam rutin yang padat dan dibanjiri maklumat setiap masa. Dalam suasana sebegini, sokongan tambahan bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan.

Jika kita benar-benar mahu melihat anak membesar dengan minda yang hebat, kita tidak boleh terus bergantung pada cara lama. Sebagai ibu ayah, kita perlu peka dengan cabaran hari ini dan bersedia memberi anak sokongan yang diperlukan untuk mereka terus berkembang.

error: Content is protected !!