Sebagai ibu ayah, tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat anak membesar sebagai insan yang bijak dan cepat belajar. Kita bangga bila anak petah bercakap, cemerlang dalam ujian dan sering jadi rujukan kawan-kawan di sekolah. Tapi semakin lama, kita mula perasan, walaupun anak nampak pandai, mereka cepat letih, susah fokus, emosi tak stabil dan kadangkala kelihatan murung tanpa sebab.
Mungkin kita fikir ini fasa biasa. Tapi realitinya, anak yang cerdas pun boleh terkandas di tengah jalan jika otak mereka tidak cukup kuat untuk menampung tekanan pembelajaran dan tuntutan emosi.

Kepandaian Sahaja Tidak Cukup
Hari ini, ramai ibu bapa fokus pada latihan akademik, hantar anak ke tuisyen terbaik, lengkapkan gajet pembelajaran dan susun jadual ketat tetapi lupa melihat satu aspek penting yang menyokong semua usaha itu iaitu nutrisi untuk otak.
Hakikatnya, anak boleh jadi pandai tapi jika mereka cepat letih, hilang fokus, susah tidur dan emosi sering terganggu, mereka tetap sukar pergi jauh. Potensi yang besar tidak akan ke mana jika otak tidak bersedia untuk menyokongnya.
Burnout atau keletihan mental bukan hanya berlaku pada orang dewasa. Hari ini, kanak-kanak pun boleh mengalaminya dan ia berlaku secara senyap. Anak yang pada luarannya kelihatan aktif, mungkin sedang bergelut dalam diam dengan tekanan dalaman yang tak mampu mereka ungkapkan.
Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Otak Anak?
Otak anak sedang berkembang dengan sangat aktif. Ia bukan sahaja memerlukan tenaga tetapi juga pelbagai nutrien khusus yang menyokong sambungan saraf, keseimbangan emosi, kawalan stres dan kualiti tidur.
Bila nutrien ini tidak mencukupi, sel-sel otak akan bekerja dalam keadaan tertekan. Komunikasi antara neuron menjadi perlahan. Bahan kimia otak yang penting untuk pembelajaran dan mood seperti serotonin dan dopamine berkurang. Hasilnya, anak cepat penat, sukar fokus, mudah menangis, cepat marah atau tiba-tiba hilang minat belajar.
Mungkin kita sangka anak malas atau tidak berdisiplin. Tapi hakikatnya, otak mereka sedang ‘letih’ dan tidak mampu menampung beban yang diberikan.
Nutrisi Penting untuk Otak Yang Sering Diabaikan
1. Phosphatidylserine
Membantu komunikasi antara sel otak, menyokong kejelasan mental, tumpuan dan daya ingatan.
2. Ashwagandha
Herba semula jadi yang menurunkan hormon stres (kortisol) dan membantu tidur yang lena.
3. Bacopa Monnieri
Meningkatkan keupayaan memori, menyokong pembelajaran dan menenangkan anak yang mudah gelisah.
4. Magnesium
Membantu kawal emosi, kurangkan keresahan dan penting untuk tidur yang berkualiti.
5. Selenium
Antioksidan yang melindungi sel otak daripada kerosakan dan menyokong kestabilan emosi serta tenaga mental.
Nutrisi-nutrisi ini terkandung di dalam Eskayvie Mindtropic yang dirumus oleh doktor perubatan untuk otak yang cerdas, kuat secara mental dan stabil secara emosi.
Kita tak tahu cabaran apa yang bakal anak hadapi di masa depan. Namun satu perkara yang pasti, jika mereka memiliki otak yang sihat, fokus yang mantap dan emosi yang terkawal, mereka pasti lebih bersedia untuk menghadapinya.
Jadi hari ini, jangan tunggu anak hilang semangat atau gagal dalam diam baru ibu aya bertindak. Bermulalah dengan memastikan otak mereka diberi apa yang ia perlukan untuk berkembang dan bertahan. Kerana kejayaan anak bukan sekadar tentang kepandaian. Tapi tentang kekuatan dalaman yang dibina sejak awal, melalui pemakanan, sokongan dan perhatian yang betul.