Zaman sekarang, tak pelik kalau anak darjah satu pun dah mahir ‘swipe’ TikTok lebih laju daripada kita selak buku. Anak sekolah menengah pula bukan sekadar penonton, ramai yang dah pandai cipta konten sendiri, lengkap dengan suntingan, suara latar dan gaya viral tersendiri. Teknologi menjadi sebahagian daripada cara anak kita belajar, berhibur, berfikir, malah membentuk siapa diri mereka.
Kita bangga bila anak celik teknologi tapi dalam diam kita juga mula tertanya-tanya apa kesan sebenar aplikasi seperti TikTok terhadap otak mereka? Mampukah otak yang masih berkembang menampung rangsangan tanpa henti setiap kali mereka scroll? Sudah tiba masanya kita fahami apa yang sedang berlaku dalam minda anak setiap kali mereka scroll tanpa henti dan bagaimana kita boleh bantu kembalikan semula keseimbangan dalam perkembangan otak mereka.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Otak Anak?
Ramai ibu ayah mula perasan anak semakin sukar beri tumpuan. Mereka tak boleh duduk lama hadap buku, cepat hilang sabar,= dan sering mengadu “penat belajar”. Otak yang biasa menerima rangsangan pantas daripada video pendek seperti TikTok, semakin hilang keupayaan untuk bertahan dalam aktiviti yang perlukan tumpuan berterusan.
Lama-kelamaan, anak mula:
- Mudah lupa apa yang dipelajari semalam
- Perlu ulangkaji berkali-kali untuk faham semula topik yang sama
- Cepat marah, hilang minat berinteraksi dan cepat bosan tanpa skrin
Semua ini sering disalah anggap sebagai masalah disiplin, sedangkan otak mereka sebenarnya keletihan akibat terlalu banyak rangsangan digital tanpa rehat.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa:
- Pendedahan berlebihan kepada video pendek boleh melemahkan aktiviti otak dalam bahagian yang mengawal tumpuan dan kawalan diri
- Fungsi eksekutif otak (merancang, membuat keputusan, menyusun maklumat) turut terjejas
- Otak anak jadi kurang responsif terhadap rangsangan biasa seperti suara cikgu, buku teks atau arahan ibu bapa
Apa Peranan Kita Sebagai Ibu Ayah?
Kita tak boleh sekat dunia digital sepenuhnya tapi kita masih boleh bantu anak bina semula kekuatan otak mereka dengan pendekatan yang lebih realistik:
1. Tetapkan masa skrin yang sihat
- Gunakan fungsi screen time di telefon
- Hadkan masa hiburan digital kepada 30-60 minit sehari
- Elakkan skrin 1-2 jam sebelum tidur
2. Wujudkan aktiviti luar skrin sebagai rutin
- Galakkan anak bermain di luar, melukis, membaca atau berbual bersama keluarga
- Bantu mereka belajar semula untuk rasa seronok tanpa skrin

3. Sokong otak anak dari dalam
Pastikan anak mendapat:
- Tidur yang cukup dan berkualiti
- Pemakanan seimbang dengan nutrien penting untuk otak
- Suplemen sokongan seperti Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior membantu tingkatkan fokus, stabilkan emosi dan kuatkan daya fikir anak dalam dunia digital yang mencabar
Kesimpulannya, dunia hari ini menuntut anak-anak kita untuk hidup dalam suasana yang jauh lebih pantas, penuh rangsangan dan mencabar berbanding zaman kita dahulu. Aplikasi seperti TikTok bukan lagi sekadar hiburan, ia secara senyap membentuk cara otak anak berfikir, bertindak dan belajar.
Jika dibiarkan tanpa bimbingan, ia boleh melemahkan daya fokus, mengganggu emosi dan menjejaskan prestasi akademik anak dalam jangka panjang. Sebagai ibu ayah, kita bukan sekadar perlu peka tetapi juga proaktif dalam membentuk semula keseimbangan. Bukan dengan melarang tetapi dengan membimbing, menyediakan rutin yang sihat dan menyokong otak mereka dengan nutrisi dan persekitaran yang membina. Walau dunia berubah, tanggungjawab kita untuk melindungi perkembangan minda anak kekal sebagai amanah paling besar.



