Ramai ibu bapa risau bila anak tak minat membaca. Buku latihan dah beli, rak buku penuh tapi anak tetap tak tertarik. Bila disuruh ulangkaji, mereka geleng kepala. Bila dipaksa buka buku, mereka termenung lama dan akhirnya keluar bilik dengan alasan yang sama: “Tak tahu nak mula kat mana.”
Lebih mencabar bila musim peperiksaan semakin hampir. Kita tahu membaca bukan sekadar hobi, ia senjata utama anak untuk faham, hafal dan jawab dengan yakin. Tapi bagaimana nak bantu anak suka membaca kalau setiap kali pegang buku, otak mereka seperti ‘tertutup’? Realitinya, anak bukan tak suka buku tapi mungkin otak mereka belum bersedia untuk membaca.

Minat membaca bukan soal suka atau tak suka, ia bermula dalam otak. Lebih tepat lagi, ia bergantung kepada fungsi kognitif dan kesediaan neurologi anak. Beberapa bahagian penting otak yang terlibat dalam proses membaca ialah:
- Prefrontal Cortex – untuk fokus, kawalan emosi dan motivasi
- Hippocampus – untuk simpan maklumat dan bina memori
- Lobus Visual dan Auditori – untuk faham maksud dan kaitkan bunyi dengan tulisan
Jika mana-mana bahagian ini belum matang atau kurang aktif, anak akan cepat bosan, susah faham atau rasa terlalu mencabar untuk terus membaca.
Kenapa Anak Tak Minat Buku? Ini 3 Kemungkinan Punca:
1. Otak Terbiasa dengan Rangsangan Pantas
Video TikTok, animasi, YouTube Shorts, semua ini memberi otak ‘ganjaran segera’ setiap 5-10 saat. Bila pegang buku, otak rasa bosan kerana:
- Tiada rangsangan visual yang laju
- Tiada muzik latar atau efek bunyi
- Perlu kerja keras untuk faham
Kesannya? Anak mudah hilang sabar dan fokus bila membaca, walaupun mereka mampu belajar.
2. Nutrisi Otak Tidak Mencukupi
Anak mungkin makan cukup dari segi kalori tapi belum tentu dari segi nutrien untuk otak. Kekurangan Omega-3 dan nutrisi lain boleh menyebabkan:
- Fokus jadi lemah
- Daya ingatan menurun
- Emosi tidak stabil (cepat bosan, mudah putus asa)
Kesannya? Anak tidak dapat bertahan lama dengan buku, walaupun cuba sedaya upaya.
3. Tekanan atau Harapan Yang Terlalu Tinggi
Kadangkala anak tidak menolak buku, tetapi menolak rasa tertekan yang datang bersama buku. Bila ibu bapa terlalu menekankan keputusan, mereka mula kaitkan membaca dengan ketakutan gagal, kebosanan, dan beban, bukan pembelajaran
Kesannya? Otak anak akan aktifkan ‘flight mode’ dan mereka memilih untuk mengelak dari membaca.
Bagaimana Bantu Anak Suka Membaca Dari Dalam?
1. Bina Suasana Membaca yang Seronok
Mulakan dengan buku bergambar atau komik, buku fakta pendek yang menarik, buku yang berkait dengan minat anak (dinosaur, angkasa, haiwan, sukan. Biar mereka rasa berjaya habiskan satu buku kecil dulu, rasa berjaya akan aktifkan dopamin semula jadi dalam otak.
2. Latih Konsistensi, Bukan Kuantiti
Tak perlu paksa baca 10 muka surat sehari. Cukup dengan 5 minit sehari secara konsisten, 1 halaman bergilir antara ibu dan anak, 1 soalan menarik selepas membaca (“Apa yang awak rasa lepas baca ni?”)
3. Sokong Otak Anak dengan Nutrien yang Betul
Untuk bantu otak anak lebih bersedia membaca, pastikan mereka mendapat:
- Omega-3 & DHA: Untuk sambungan saraf dan tumpuan
- Vitamin B Kompleks: Untuk tenaga otak dan emosi stabil
- Magnesium & Zink: Untuk ketahanan fokus dan memori
Jika anak cerewet makan atau mudah letih, suplemen seperti Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior boleh jadi pelengkap yang bantu aktifkan semula prestasi otak mereka.
4. Fahami Gaya Belajar Anak
Setiap otak belajar dengan cara berbeza. Ada yang visual (gambar, warna), ada yang auditori (bacaan kuat, cerita), ada yang kinestetik (baca sambil menulis/melukis). Kenal pasti cara anak lebih mudah terima maklumat dan bantu mereka bina minat membaca ikut cara mereka sendiri.
Jika anak tak minat buku sekarang, jangan cepat simpulkan mereka malas atau tak pandai.Mungkin otak mereka sedang minta sokongan. Bukan sokongan dari rak buku yang lebih penuh tapi dari dalam tubuh mereka sendiri.