Bila Anak Tertekan Nak Exam, Ibu Ayah Pun Perlu ‘Belajar’ Kawal Emosi

“Mak… saya tak boleh fokus.”
“Ayah… saya takut kalau tak dapat A.”

Ini bukan sekadar rungutan biasa. Ia adalah luahan hati seorang anak yang sedang memikul tekanan besar menjelang peperiksaan. Dalam saat genting seperti ini, anak-anak sangat perlukan sokongan paling penting iaitu daripada ibu dan ayah. Namun hakikatnya, bukan anak sahaja yang tertekan. Ibu bapa juga sama. Rasa bimbang kalau anak tak capai harapan. Takut anak tak cukup bersedia.

Sebenarnya tanpa sedar kita memberi tekanan kepada anak melalui nada suara, ekspresi wajah atau perbandingan yang dibuat. Semua ini perlahan-lahan mengikis keyakinan diri anak. Mereka mula rasa seolah-olah kegagalan itu sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sedangkan anak bukan perlukan tekanan, mereka perlukan ketenangan, kepercayaan dan ruang untuk berkembang. Jika kita mahu anak belajar untuk kuat, ibu bapa juga perlu belajar untuk bertenang. Sudah pasti rumah yang tenang akan melahirkan anak yang lebih yakin dan bersedia.

Two young women working with laptops lying on the table.

 Otak Tak Boleh Fokus Bila Tekanan Tinggi

Tekanan melampau akan meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stres yang boleh menjejaskan fungsi penting otak seperti fokus, memori dan keupayaan menyelesaikan masalah. Apabila anak terlalu tertekan, mereka mudah mengalami:

  • Kesukaran menyerap pelajaran
  • Hilang minat belajar
  • Cepat letih walaupun baru bermula
  • Stres berpanjangan hingga menjejaskan kesihatan emosi

Yang lebih menakutkan, minda anak yang sentiasa rasa “tak cukup bagus” boleh menjurus kepada burnout, anxiety atau kemurungan.

Ibu Bapa Pun Perlu Belajar Bertenang

Sebagai ibu ayah, kita selalunya mahu anak jadi kuat, tapi kita lupa anak belajar daripada kita. Kalau kita sendiri panik, marah atau terlalu mendesak, bagaimana anak boleh rasa selamat dan tenang untuk belajar?

Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
  • Jadilah ‘ruang selamat’ untuk anak bercerita.
  • Tenang sebelum beri arahan. Nada suara anda sangat memberi kesan.
  • Kurangkan perbandingan. Setiap anak ada keunikan sendiri.
  • Fokus pada usaha, bukan sekadar keputusan.
Peranan Nutrisi Dalam Menstabilkan Emosi Anak (Dan Ibu Bapa!)

Kita selalu fokus pada jadual belajar, tapi ramai lupa bahawa pemakanan dan nutrisi memainkan peranan besar dalam kestabilan emosi dan keupayaan otak anak untuk bertahan dalam tekanan.

Otak yang lapar, lesu atau tidak cukup nutrien akan cepat penat, hilang fokus dan sukar untuk bangkit semula bila jatuh.

Eskayvie Mindtropic: Sokongan Nutrisi untuk Fokus dan Emosi Lebih Stabil

Ketika anak sedang menghadapi musim peperiksaan, Eskayvie Mindtropic hadir sebagai sokongan tambahan yang penting. Phosphatidylserine sebagai bahan utama membantu meningkatkan penghasilan 4 neurotransmitter (molekul minda) penting dalam otak:

Serotonin: Membantu anak lebih ceria dan gembira

Dopamine: Meningkatkan motivasi dan semangat belajar

Acetylcholine: Memperkuatkan memori dan daya ingatan

Norepinephrine: Menajamkan fokus dan kepekaan

Dalam usaha memastikan anak berjaya, jangan sampai kita terlepas pandang keperluan yang paling asas iaitu ketenangan hati mereka. Anak-anak bukan selalu perlukan jawapan untuk semua persoalan mereka. Kadangkala, apa yang paling mereka perlukan hanyalah ibu bapa yang sudi mendengar tanpa menghakimi, memeluk saat mereka lelah dan mencipta suasana rumah yang selamat untuk gagal, bangkit dan cuba lagi.

Kejayaan tak bermula dari buku atau kelas tambahan, ia bermula dari rumah yang memberi ruang untuk anak membina keyakinan diri. Bila ibu ayah tenang, anak pun lebih kuat melangkah. Dan jika hari ini anda sedang berusaha menyokong mereka dari segi emosi, kesihatan dan nutrisi minda, percayalah anda sedang membina asas yang kukuh untuk mereka terus melangkah jauh dengan yakin, kuat dan penuh harapan.

error: Content is protected !!