“Mak, saya tak boleh fokus…”
Pernah dengar anak mengadu begini? Ramai ibu bapa fikir anak malas atau tidak serius belajar. Tapi sebenarnya, otak mereka mungkin penat dan kekurangan tenaga hanya kerana mereka tidak bersarapan.
Sarapan bukan hanya untuk mengenyangkan perut. Ia penting untuk mengaktifkan semula fungsi otak selepas tidur malam yang panjang. Tanpa tenaga yang cukup, otak akan sukar fokus, cepat lesu dan gagal memproses maklumat dengan baik walaupun anak itu rajin belajar.

Kenapa Sarapan Sangat Penting Untuk Fokus Anak?
Otak hanya mewakili 2% daripada berat badan tetapi menggunakan lebih 20% tenaga harian. Jadi bila anak ke sekolah tanpa sarapan, ini yang boleh berlaku:
- Susah fokus dalam kelas
- Mudah mengantuk walaupun cukup tidur
- Emosi tidak stabil, cepat marah atau kecewa
- Kurang motivasi dan lambat tangkap pelajaran
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang makan sarapan sihat menunjukkan skor memori dan perhatian yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bersarapan.
Makanan Yang Bantu Otak Anak Lebih Peka & Fokus
1. Karbohidrat kompleks untuk tenaga tahan lama
Contoh: roti gandum, oat, bijirin penuh. Tenaga dibebaskan perlahan-lahan, jadi anak lebih tahan fokus.
2. Protein untuk membina fungsi otak
Telur, ayam, yogurt atau susu sangat penting untuk menyokong penghantaran mesej antara sel otak.
3. Lemak sihat untuk sambungan neuron
Alpukat, kekacang dan minyak zaitun bantu sambungan saraf otak dan sokong perkembangan kognitif.
4. Vitamin dan mineral untuk emosi stabil
Buah-buahan segar seperti pisang, beri dan sayuran hijau bantu kawal hormon stres dan tingkatkan mood.
Elakkan Ini Jika Mahu Anak Lebih Fokus:
- Sarapan segera bergula tinggi – roti putih, cereal bergula tinggi atau donut. Anak cepat letih selepas tenaga “spike” mendadak.
- Minuman manis atau berais -hanya beri tenaga sekejap tapi buat anak lesu semula.
- Makanan berminyak dan terlalu berat -nasi lemak berlebihan atau mee goreng, boleh menyebabkan rasa mengantuk.
Perlu Ke Vitamin Tambahan?
Anak yang cerewet makan atau selalu skip sarapan mungkin perlukan sokongan tambahan. Suplemen seperti Eskayvie Mindtropic boleh membantu menampung keperluan nutrien harian untuk:
- Menajamkan fokus
- Menguatkan daya ingatan
- Menstabilkan emosi ketika belajar
Ia mengandungi Phosphatidylserine, Bacopa Monnieri, Magnesium dan Ashwagandha bahan yang terbukti menyokong prestasi otak dan ketahanan mental.
Sarapan Adalah Permulaan Kepada Hari Yang Hebat
Setiap pagi adalah permulaan baru untuk anak melangkah dengan yakin dan bertenaga. Sarapan yang sihat bukan sekadar mengisi perut, ia bantu otak anak lebih fokus, emosi lebih tenang dan badan lebih bersedia menghadapi pelajaran sepanjang hari.
Ia juga satu bentuk sokongan senyap daripada ibu bapa. Bila anak tahu kita ambil berat tentang apa yang mereka makan, mereka rasa lebih dihargai dan lebih yakin dengan diri sendiri. Mulakan hari anak anda dengan pilihan yang bijak untuk otak yang lebih cerdas dan masa depan yang lebih cerah.



