Main Gajet Sebelum Tidur Ganggu Otak Anak?

“Boleh tak tengok YouTube kejap je sebelum tidur?”

Soalan ini mungkin kedengaran biasa dalam rumah kita. Anak minta tengok video animasi atau main game sebelum lena  sebagai hiburan ringan selepas penat seharian belajar. Ibu ayah pula dalam penat melayan rutin harian, mengangguk saja. Lagipun, bukankah itu cara anak ‘tenangkan diri’?

Hakikatnya, tabiat ini bukan sekadar ganggu tidur, ia boleh mengganggu perkembangan otak anak, prestasi belajar, dan keseimbangan emosi mereka. Ramai ibu ayah tak sedar bahawa waktu sebelum tidur adalah waktu paling penting untuk proses pemulihan otak. Dan gajet boleh ‘merosakkan’ proses penting ini tanpa kita sedar.

Apa Berlaku Bila Anak Main Gajet Sebelum Tidur?
1. Cahaya Biru Halang Otak Masuk Mode Tidur

Skrin telefon, tablet dan TV memancarkan cahaya biru yang menghantar isyarat ‘siang’ kepada otak. Hormon tidur (melatonin) tidak dirembes seperti biasa. Akibatnya, anak susah lena atau lena dalam keadaan otak masih ‘aktif’.

Menurut American Academy of Pediatrics, cahaya biru sebelum tidur mengurangkan kualiti tidur kanak-kanak dan menyebabkan mereka mudah letih keesokan harinya.

2. Tiada deep sleep, Memori Tidak Disimpan

Tidur nyenyak bukan sekadar rehat. Ia waktu di mana otak menyusun memori, membersihkan ‘sampah’ dan memperkukuh apa yang anak belajar sepanjang hari. Bila tidur terganggu, maklumat sukar diproses dan diingati.

3. Kandungan Yang Merangsang Sistem Saraf

Game yang laju, video penuh muzik dan animasi ekstrem merangsang sistem saraf. Anak jadi susah tenang walaupun mata sudah tertutup. Bila ini berlaku setiap malam, mereka bangun penat, mudah marah dan sukar fokus, kesan yang sangat besar untuk anak yang sedang membesar.

Kesan Jangka Panjang Kepada Otak Anak
  • Susah fokus dalam kelas, lambat faham pelajaran
  • Mudah mengalami gangguan emosi seperti tantrum, stres atau takut gagal
  • Potensi kemurungan ringan dan masalah keyakinan diri pada usia muda

Lebih membimbangkan, apabila anak sudah bergantung kepada skrin sebagai ‘alat untuk tenang’, mereka sukar untuk menenangkan diri tanpa gajet.

Apa Solusinya?
  • Tutup semua skrin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur
  • Gantikan dengan aktiviti tenang seperti membaca buku, mandi suam atau berbual ringan
  • Wujudkan rutin tidur konsisten- tidur dan bangun pada waktu tetap
  • Galakkan anak tidur awal, antara jam 9-10 malam, untuk capai kitaran tidur otak yang optimum

Jika anak anda kerap susah tidur, cepat marah atau susah fokus di sekolah, mungkin otak mereka perlukan lebih daripada sekadar rehat. Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior dirumus khas oleh doktor untuk menyokong fungsi otak, bantu anak lebih tenang, lebih fokus dan tidur dengan lebih lena  agar mereka bersedia hadapi hari esok dengan yakin.

Anak bukan mesin. Mereka perlukan masa untuk pulih, berkembang dan kuat semula secara fizikal dan emosi. Dan semua itu bermula dari satu perkara yang sering kita abaikan iaitu tidur yang berkualiti. Jadi sebelum beri anak skrin untuk ‘tenangkan’ mereka, fikir semula. Mungkin yang mereka perlukan hanyalah rehat yang cukup dan sokongan nutrisi yang tepat untuk bantu otak mereka membesar dengan sihat dan bahagia.

error: Content is protected !!