Banyak Dalam Kepala Tapi Tak Tahu Nak Luah: 5 Beban Emosi Remaja Hari Ini

Remaja sering disalah tafsir sebagai sukar dikawal, mudah memberontak atau malas berusaha. Hakikatnya, perubahan hormon, tekanan akademik, perbandingan sosial dan beban harapan menjadikan fasa remaja sebagai salah satu fasa paling mencabar dari sudut kesihatan emosi dan fungsi otak.

Ramai remaja sebenarnya menyimpan tekanan yang berat. Mereka bergelut untuk memahami diri sendiri sambil cuba memenuhi jangkaan sekeliling namun tidak tahu cara yang selamat dan sesuai untuk meluahkan apa yang dirasai.

Jika emosi ini terus dipendam, ia bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan mental malah memberi kesan negatif terhadap prestasi akademik dan keupayaan mereka untuk fokus serta berfikir dengan jelas.

Kenapa Remaja Sukar Meluahkan Apa yang Mereka Rasa?

Antara sebab mereka sukar meluahkan:

  • Masih belajar kenal pasti dan bezakan emosi (contohnya keliru antara marah atau kecewa)
  • Takut disalah faham atau dikritik oleh orang dewasa
  • Rasa malu atau rendah diri bila nak kongsi masalah
  • Tak pasti siapa yang boleh dipercayai

Tambahan pula, tekanan media sosial yang memaparkan hidup ‘sempurna’ buat ramai remaja rasa mereka perlu sentiasa nampak kuat. Ini menyebabkan mereka memendam perasaan walaupun sebenarnya perlukan pertolongan.

Jika emosi ini terus disimpan, ia boleh membawa kepada:

  • Kemurungan
  • Hilang minat belajar
  • Gangguan tidur
  • Masalah fokus
  • Tingkah laku yang tidak terkawal atau menjauhkan diri dari orang lain

5 Beban Emosi Yang Sering Membelenggu Remaja

1. Tekanan Akademik dan Ketakutan Untuk Gagal

Remaja hari ini bukan sahaja perlu belajar untuk peperiksaan tetapi juga bersaing dalam suasana yang sangat kompetitif. Ramai menyimpan rasa takut untuk gagal, namun tidak tahu kepada siapa mereka boleh minta bantuan secara terbuka.

2. Perbandingan Sosial Yang Melemahkan Diri

Pengaruh media sosial membuatkan remaja mudah menilai diri berdasarkan pencapaian atau imej orang lain. Ini menjejaskan keyakinan diri dan membawa kepada perasaan tidak cukup baik.

3. Ketidakstabilan Emosi di Sebalik Interaksi Sosial

Meskipun mempunyai rakan dan aktiviti, ramai remaja merasakan tiada siapa benar-benar memahami apa yang mereka lalui. Akibatnya, mereka memendam rasa dan mula mengasingkan diri secara emosi.

4. Desakan Untuk Sentiasa Cemerlang

Masyarakat menyanjung kejayaan. Akibatnya, remaja merasakan sebarang kegagalan kecil adalah petanda mereka telah mengecewakan orang lain. 

5. Tercari-cari Identiti Diri

Dalam proses mengenali diri, remaja sering berhadapan konflik dalaman yang tidak mudah difahami. Tanpa bimbingan, mereka mudah keliru, cepat terpengaruh dan hilang kestabilan emosi.

Bagaimana Ibu Ayah Boleh Membantu?
1. Sediakan Sokongan Emosi Yang Konsisten

Dengarkan tanpa menghakimi. Hargai usaha mereka dan bantu mereka mengurus emosi dengan tenang. Kepercayaan yang kukuh dari keluarga adalah faktor pelindung paling berkesan terhadap tekanan luar.

2. Sokong Kesihatan Otak Dari Dalam

Tekanan emosi memberi kesan langsung terhadap fungsi otak. Untuk bantu remaja kekal fokus dan seimbang secara mental, otak memerlukan nutrisi penting.

Eskayvie Mindtropic merupakan suplemen minda yang diformulasikan khas untuk pelajar sekolah menengah, pelajar IPT dan dewasa. Dengan hanya 2 kapsul sehari, ia membantu:

  • Meningkatkan fokus dan tumpuan
  • Mengurangkan tekanan dan rasa cemas
  • Menstabilkan emosi untuk bantu proses pembelajaran

Kandungan utama:

  • Phosphatidylserine: Menyokong kesihatan sel otak
  • Ashwagandha KSM-66: Adaptogen yang membantu mengurangkan tekanan
  • Bacopa Monnieri: Menyokong daya ingatan dan ketenangan fikiran
  • Magnesium: Mengurangkan keletihan mental dan bantu tidur berkualiti
  • Selenium: Melindungi otak daripada kerosakan akibat stres

Remaja hari ini berhadapan cabaran yang bukan sedikit. Mereka digesa mencapai kejayaan awal tetapi tanpa sistem sokongan yang seimbang. Jika kita terus menilai mereka hanya dari luaran sebagai pemalas, degil atau moody, kita akan terus gagal memahami akar kepada banyak masalah emosi yang mereka alami.

Sebaliknya, kita perlu mula memahami bahawa kesihatan otak dan emosi mereka memerlukan perhatian, nutrisi dan bimbingan berterusan. Dengan sokongan yang betul, remaja mampu berkembang menjadi individu yang bukan sahaja bijak akademik tetapi juga kuat secara mental dan emosi.

error: Content is protected !!