Cemerlang Atas Kertas, Kosong Dalam Fikiran: Realiti Ramai Pelajar Hari Ini

Anak-anak kita mungkin boleh jawab soalan dengan betul, tapi adakah mereka betul-betul faham makna di sebalik apa yang dipelajari?

Dalam sistem pendidikan hari ini, ramai pelajar ‘cemerlang’ mampu memberikan jawapan tepat dalam peperiksaan. Mereka dapat A, masuk kelas terbaik, dan menjadi kebanggaan sekolah. Tapi apabila ditanya, “Apa maksud sebenar konsep ini?”, ramai yang terdiam. Jawapan yang diberi sekadar diulang dari buku bukan datang dari kefahaman sendiri.

Budaya ini nampak biasa malah sering dianggap bagus kerana menghasilkan keputusan yang tinggi dalam peperiksaan. Tapi tanpa kita sedar, ia sebenarnya sedang melahirkan generasi pelajar yang hanya pandai menghafal tetapi sukar berfikir secara mendalam. Mereka belajar bukan kerana minat, tetapi kerana takut gagal. Dan bila keputusan tak seperti yang diharapkan, mereka cepat hilang semangat.

“Belajar untuk skor” bermaksud belajar semata-mata untuk mendapat markah tinggi atau lulus peperiksaan tanpa benar-benar memahami konsep, makna dan aplikasi ilmu tersebut.

Ia berpunca daripada:

  • Sistem pendidikan yang terlalu fokus kepada peperiksaan
  • Tekanan sekolah untuk naik ranking atau target A
  • Harapan ibu bapa yang meletakkan nilai diri anak pada keputusan
  • Ketiadaan masa untuk proses pembelajaran yang lebih mendalam
Apa Yang Terjadi Bila Pelajar Belajar Sekadar untuk Lulus?
1. Belajar Jadi Beban, Bukan Sebab Minat

Ilmu tidak lagi menyeronokkan. Ia jadi tekanan. Pelajar belajar kerana ‘terpaksa’, bukan kerana ingin tahu.

2.  Kefahaman Cetek, Cepat Lupa

Ilmu yang tidak difahami hanya tinggal hafalan jangka pendek. Hari ini baca, esok jawab, lusa lupa.

3.  Mudah Tertekan Bila Tak Capai Target

Setiap kegagalan kecil dirasai seperti tragedi besar. Ramai pelajar cemerlang yang ‘jatuh’ kerana tak mampu hadap tekanan diri sendiri.

4.  Hilang Keyakinan Diri

Bila nilai diri terlalu bergantung pada markah, sedikit kesilapan boleh runtuhkan seluruh semangat.

5. Tak Bersedia Hadapi Dunia Sebenar

Di luar dewan peperiksaan, kejayaan bergantung pada kemahiran berfikir, faham masalah, berkomunikasi dan buat keputusan, bukan pada rumus yang dihafal.

Apa Peranan Ibu Bapa dan Guru?
 1. Tukar Fokus daripada Gred kepada Proses

Tanya anak, “Apa yang kamu faham hari ni?” bukannya “Berapa markah kamu dapat?”

 2. Raikan Usaha, Bukan Sekadar Keputusan

Galakkan anak rasa bangga bila mereka usaha, walaupun belum capai A. Ilmu ambil masa dan itu normal.

 3. Galakkan Anak Bertanya dan Berfikir Sendiri

Soalan ‘kenapa’ dan ‘macam mana’ jauh lebih bernilai daripada sekadar “betul atau salah”.

 4. Berikan Ruang untuk Belajar Secara Aktif

Bagi peluang anak berbincang, mencuba, meneroka. Belajar bukan hanya duduk diam salin nota.

 5. Sokong dengan Nutrisi Otak yang Betul

Otak yang sihat lebih mudah menyerap dan memahami ilmu. Selain makanan berkhasiat, suplemen seperti Eskayvie Mindtropic boleh membantu menyokong daya fokus, ingatan dan ketahanan mental anak sepanjang proses pembelajaran.

Anak yang tidak faham, bukan bermakna dia lemah. Anak yang tidak skor, bukan bermakna dia gagal. Yang sebenarnya perlu kita persoalkan ialah sistem yang lebih mementingkan markah daripada kefahaman.

Sudah tiba masanya kita ubah cara kita menilai kejayaan. Bukan sekadar mengejar keputusan tinggi, tetapi membina anak yang faham erti ilmu, seronok belajar dan bukan sekadar untuk lulus.

Dalam dunia sebenar, sijil bukanlah segalanya. Yang lebih penting ialah bagaimana anak kita berfikir, membuat keputusan dengan bijak dan memahami nilai ilmu dalam kehidupan sebenar.

error: Content is protected !!