Cuba perhatikan anak-anak remaja hari ini, mereka boleh berbual berjam-jam dalam talian tetapi kaku bila bertentang mata. Berani buat siaran langsung di TikTok tapi gugup bila diminta bercakap di hadapan kelas.
Ironi dunia digital ini mencipta satu generasi yang kelihatan “hyper-connected” sentiasa bersama telefon, sentiasa tahu apa yang berlaku tetapi sebenarnya semakin emotionally disconnected.
Hubungan yang dibina secara maya kurang elemen sentuhan, empati, bahasa tubuh dan kesabaran di mana semuanya penting dalam membina hubungan sebenar sebagai manusia. Ini bukan sekadar masalah “anak zaman sekarang” yang malas bergaul atau terlalu taksub dengan gajet. Dalam dunia sains, fenomena ini dikaitkan dengan perubahan sebenar pada struktur dan fungsi otak remaja.
Ketika otak mereka sedang melalui fasa pertumbuhan paling kritikal, terlalu banyak masa yang diluangkan dengan paparan skrin boleh mengganggu pembangunan bahagian penting seperti:
Prefrontal cortex yang mengawal fokus, pertimbangan sosial dan empati.

Amygdala yang berkait dengan kawalan emosi dan tindak balas stres.
Dan jaringan otak sosial yang berkembang melalui komunikasi bersemuka.
Apabila latihan interaksi sebenar semakin berkurang, otak sosial remaja menjadi ‘lemah’ dan ini menjadikan mereka lebih mudah cemas dalam situasi sosial, kurang yakin untuk bercakap serta memilih untuk menghindarkan diri daripada dunia nyata.
- Otak Remaja Masih Dalam Proses Pembentukan
Fakta penting: Otak manusia hanya matang sepenuhnya sekitar usia 25 tahun. Dalam tempoh remaja, otak sedang belajar cara untuk berfikir panjang, mengawal emosi, menilai risiko dan berkomunikasi dengan berkesan.
Namun, bila otak ini diasak dengan rangsangan skrin yang berlebihan, tanpa cukup pengalaman dunia sebenar, ia:
Kurang daya tahan sosial,
Kurang latihan membaca isyarat sosial,
Dan mudah rasa cemas bila perlu berhadapan dengan orang.
- Media Sosial Beri Dopamine ‘Segera’ Tapi Lemahkan Realiti
Setiap kali remaja menerima “Like”, komen atau notifikasi, otak mereka melepaskan dopamine iaitu hormon keseronokan. Tetapi jika dopamin ini hadir terlalu kerap dan mudah, otak akan:
Mula ‘malas’ mencari keseronokan melalui hubungan manusia sebenar.
Lebih sukakan interaksi pantas yang tidak menuntut emosi.
Hilang minat untuk duduk dan berbual, kerana itu dirasakan membosankan atau ‘melecehkan’.
- Masalah Anti Sosial Bukan Perangai, Ia Isyarat Otak Terlalu Letih
Remaja yang semakin menyendiri sebenarnya menunjukkan tanda bahawa otak sosial mereka keletihan dan kurang rangsangan sihat.
Mereka mungkin:
Rasa tidak selamat bila diperhatikan,
Tak tahu bagaimana mahu menyambung perbualan,
Dan lebih rela mendiamkan diri daripada rasa ditolak atau dipersoal.
Apa Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa?
Berikut beberapa langkah praktikal yang boleh diambil:
✅ Fahami Punca, Bukan Hanya Tindakan
Jangan terus melabel anak sebagai ‘pendiam’, ‘malas bercakap’ atau ‘terlalu gila telefon’. Cuba fahami kenapa mereka begitu.
✅ Wujudkan Momen Tanpa Skrin
Buat aktiviti keluarga yang menyeronokkan tanpa gajet seperti masak bersama, beriadah, atau main permainan fizikal.
✅ Libatkan Anak Dalam Komuniti
Galakkan mereka menyertai aktiviti sosial di luar seperti kelab, persatuan, kerja sukarela, supaya mereka belajar membina hubungan sebenar.
✅ Dan paling penting… Sokong otak mereka dari dalam.
Kemahiran sosial, kawalan emosi dan fokus bukan hanya dilatih, ia juga dipengaruhi oleh keseimbangan bahan kimia dalam otak.
Remaja hari ini terdedah kepada stres mental dan beban rangsangan digital yang tinggi. Mereka perlukan sokongan nutrisi otak yang stabil dan menyeluruh.
Eskayvie Mindtropic menyokong:
Fungsi prefrontal cortex (untuk kawalan fokus dan pertimbangan sosial),
Keseimbangan neurotransmitter otak (untuk emosi yang stabil),
Tenaga mental dan kejelasan minda (untuk semangat belajar dan bergaul).
Kandungan seperti Phosphatidylserine, Bacopa Monnieri, Magnesium dan Selenium menjadikannya antara suplemen terbaik untuk bantu remaja:
✅ Fokus semula,
✅ Kurangkan keresahan,
✅ Dan lebih berani untuk berinteraksi dalam dunia sebenar.
Masalah anti sosial dalam kalangan remaja hari ini bukan lagi isu kecil. Bila anak lebih selesa menaip daripada bercakap, bila mereka gelisah di hadapan orang dan hanya ‘hidup’ bila bersama skrin, itu bukan fasa remaja biasa. Itu petanda otak mereka sedang tertekan. Sebagai ibu ayah, jangan tunggu sampai anak betul-betul menjauh baru kita mula risau. Bantu dan sokong mereka dari sekarang.