Apa Jadi Kalau Otak Anak Boleh ‘Bercakap’?

Bayangkan jika otak anak kita boleh bercakap.
Apa agaknya yang akan mereka katakan?

“Mama, saya perlukan tidur yang cukup.”
“Papa, saya tak boleh fokus sebab tak cukup nutrisi.”
“Kenapa tiada siapa bantu saya bila saya tertekan?”

Ya, otak anak mungkin tak bersuara, tapi ia ‘berkomunikasi’ melalui tingkah laku anak setiap hari.

Anak yang cepat tantrum, mudah marah, malas belajar atau lambat faham semua itu bukan semata-mata perangai. Ia mungkin petanda otak mereka sedang ‘minta tolong’.

Otak kanak-kanak masih berkembang. Ia sangat bergantung kepada:

  • Pemakanan yang betul
  • Tidur yang berkualiti
  • Rangsangan emosi yang sihat
  • Suasana yang selamat dan positif

Bila salah satu ini terjejas, otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan anak mudah hilang fokus, sukar kawal perasaan atau lambat memahami pelajaran.

Apa Yang Otak Anak Perlukan Sebenarnya?
1. Nutrisi Otak

Nutrien seperti Omega-3, magnesium, dan vitamin B kompleks sangat penting untuk sokongan fungsi otak. Tanpa nutrien mencukupi, anak mudah rasa penat, sukar mengingat dan cepat beremosi.

2. Tidur yang Cukup

Otak ‘memproses’ maklumat dan menguatkan memori semasa anak tidur. Anak yang cukup tidur akan lebih tenang, mudah ingat dan bertenaga.

3. Persekitaran Tenang & Teratur

Otak anak perlukan rutin dan kestabilan. Persekitaran rumah yang terlalu bising, terlalu banyak skrin atau kurang masa bersama keluarga boleh jejaskan kestabilan emosi anak.

4. Sokongan Emosi

Anak yang tidak didengari atau ditekan secara emosi akan menunjukkan tingkah laku seperti marah, memberontak atau murung. Ini petanda otak mereka ‘bergelut’ mengurus perasaan.

Bayangkan Jika Otak Anak Boleh Pesan Sesuatu Kepada Ibu Bapa…
  • “Jangan bandingkan saya dengan anak orang lain. Saya ada cara belajar sendiri.”
  • “Bila saya menangis, saya cuma nak difahami bukan diherdik.”
  • “Saya perlukan pelukan lebih dari gajet.”
  • “Tolong bantu saya bina masa depan, bukan tekan saya dengan harapan yang terlalu besar.”
Apa Tindakan Kita Sebagai Ibu Bapa?

Berikan pemakanan sokong otak– Termasuk makanan segar dan vitamin minda seperti Eskayvie Mindtropic yang lengkap dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha Bacopa Monnieri, Selenium dan Magnesium.

Kawal masa skrin– Gantikan dengan aktiviti seperti membaca, bermain di luar, atau berbual santai.

Amalkan rutin harian yang konsisten– Tidur, belajar, rehat dan waktu keluarga yang teratur sangat bantu perkembangan neuron otak.

Jadi pendengar yang sabar– Anak-anak tidak perlukan nasihat sepanjang masa. Kadang-kadang mereka hanya mahu didengar.

Setiap perubahan kecil dalam tingkah laku anak adalah mesej yang perlu kita fahami.
Otak mereka sedang ‘bersuara’, hanya dalam bahasa yang berbeza.

Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar mendidik tapi juga mendengar, menyokong dan melindungi perkembangan minda anak dengan bijak.  Bermula dengan langkah mudah seperti menjaga pemakanan, emosi dan rutin, anak anda akan lebih fokus, lebih tenang dan lebih bersedia untuk hadapi dunia.

error: Content is protected !!