Otak merupakan organ yang paling penting untuk manusia di mana ia merupakan pusat kawalan utama yang mengatur tindak balas dan perjalanan sistem badan manusia termasuk mengawal pemikiran, ingatan, sentuhan, pergerakan, penglihatan, pernafasan dan sebagainya.
Hebatnya otak manusia kerana memiliki lebih 100 billion neuron yang berhubungan antara satu sama lain bagi membolehkan proses penerimaan dan penghantaran maklumat antara sistem saraf pusat dan badan.
Nak memahami apa yang ada dalam otak yang kompleks ini bukan mudah tapi yang paling utama ia terdiri daripada neuron, myelin, axon dan synapse.
Neuron iaitu sel otak disaluti oleh myelin yang bertindak seperti penebat wayar. Semakin tebal lapisan myelin, semakin pantas pemprosesan serta penyaluran maklumat berlaku. Ringkasnya, semakin mudah untuk faham sesuatu maklumat, maka semakin bijaklah seseorang individu itu.
Tahukah anda?
1. Secara umumnya, otak manusia mempunyai berat sekitar 1.4 kg dan kandungannya terdiri daripada 73% air, 60% lemak dan 25% kolesterol badan.
2. Otak memiliki kemampuan untuk belajar dan tumbuh seiring bertambahnya usia dan proses ini disebut dengan neuroplastisiti otak yang perlu dilatih secara teratur. Proses neuroplastisiti otak yang dinamik mempengaruhi tahap IQ seseorang individu.
3. Bayi memang dilahirkan dengan 100 billion sel otak yang dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Namun proses pembelajaran dan faktor persekitaran (fizikal dan emosional) inilah yang mempengaruhi tahap kepandaian seseorang.
Analoginya, otak bayi boleh diibaratkan seperti rumah yang asalnya kosong, namun jika dihias maka jadilah ia sebuah kediaman yang selesa dan serba cantik dan lengkap dengan ‘wiring’ sel-sel otak yang cantik.
4. Keupayaan otak boleh mencecah 30 kali ganda komputer terbesar dan terhebat di dunia, iaitu seakan-akan sama seperti meningkatkan RAM komputer bagi pemprosesan tahap tinggi.
Nak memiliki otak yang cerdik dan pintar, harus ditajamkan dengan 4 faktor utama seperti di bawah:
i. Sel-sel otak harus berhubung bukan sahaja bagi membentuk memori yang mantap tapi juga bagi keupayaan memproses maklumat yang lebih jitu.
ii. Pergerakan arus maklumat daripada sel otak ke sel otak yang lain harus berlaku dengan pantas dan proses ini memerlukan tenaga yang harus dijana dengan lebih efisien.
iii. Pola pemikiran amat memerlukan bahan tertentu yang dihasilkan secara semula jadi oleh sel-sel otak yang dinamakan sebagai neurotransmitter. Kekurangan bahan ini akan menjejaskan keupayaan berfikir, fokus dan prestasi untuk belajar. Antara neurotransmitter yang sangat penting untuk dioptimalkan adalah:
a. Serotonin sebagai hormon ceria yang memberi minat untuk belajar.
b. Dopamine bagi memotivasikan minda untuk belajar dengan lebih gigih.
c. Acetylcholine meningkatkan keupayaan otak menyimpan maklumat dan memori.
d. Epinephrine memberi keupayaan fokus dan membuat keputusan yang tepat.
iv. Pengaruh gaya hidup tidak sihat, pemakanan harian yang mencetuskan keradangan, termasuk tekanan harus diminimumkan supaya fungsinya dapat dilindungi daripada terjadinya keradangan otak yang akan menumpulkan keupayaannya.
5. Keupayaan otak dan minda manusia boleh ditingkatkan dengan mengambil berat daripada sudut nutrisi. Phosphatidylserine adalah nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan. Pemakanan yang seimbang amat penting untuk perkembangan otak, terutamanya sewaktu otak sedang giat berkembang.
Kesimpulannya, fakta-fakta yang disebutkan di atas adalah antara bukti keunikan yang ada pada otak manusia. Menariknya, genius bukanlah satu kebetulan. Keupayaan otak dan minda manusia boleh ditingkatkan berkali ganda hanya dengan pengambilan nutrisi yang berkesan.