Bukan Semua Suplemen Otak Sama – Ini Cara Pilih yang Betul untuk Anak

Dalam usaha memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan cemerlang, semakin ramai ibu bapa mula memberi perhatian kepada pengambilan vitamin atau suplemen untuk menyokong perkembangan minda. Namun tanpa disedari, ramai juga yang tersilap langkah ketika memilih vitamin minda yang akhirnya langsung tidak memberi sebarang kesan yang efektif .

Nak tahu 5 kesilapan paling biasa yang ibu bapa lakukan?

1. Pilih berdasarkan harga murah semata-mata

Ramai ibu bapa tertarik dengan vitamin yang dianggap  lebih menjimatkan daripada segi harga. Namun vitamin minda yang berkualiti tinggi memerlukan bahan aktif yang telah terbukti keberkesanannya melalui kajian klinikal dan ini biasanya menelan kos yang lebih tinggi.

Ibu ayah boleh melihat kepada kandungan bahan aktif yang terkandung di dalamnya dan bukan hanya menilai melalui  harga. Nutrisi seperti Phosphatidylserine, Omega-3 (DHA & EPA) dan Bacopa monnieri adalah bahan premium yang terbukti menyokong fungsi otak. 

2. Tidak semak kajian saintifik atau bukti klinikal

Hanya kerana satu produk mendakwa ia ‘“baik untuk otak”, bukan bermaksud ia betul-betul berkesan. Tanpa sokongan kajian saintifik atau ujian klinikal, produk tersebut mungkin hanya bergantung kepada pemasaran semata-mata.

Ibu ayah perlu  cari vitamin yang menyatakan dengan jelas senarai bahan yang digunakan. Contohnya, Phosphatidylserine telah terbukti dalam kajian membantu memori, fokus dan mood kanak-kanak. Bacopa monnieri pula banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk meningkatkan fungsi kognitif.

3. Tidak periksa dos yang sesuai untuk umur anak

Setiap nutrisi mempunyai dos yang disyorkan mengikut peringkat umur. Terdapat sesetengah produk yang mengandungi bahan bagus tapi dalam dos terlalu rendah hingga tidak memberi kesan. Ada pula yang terlalu tinggi hingga tidak sesuai untuk anak kecil.

Pastikan ibu ayah semak cadangan pengambilan harian (RDA) atau dapatkan nasihat daripada pakar. Produk yang baik akan menyatakan dengan jelas dos untuk kanak-kanak mengikut umur.

4. Terpengaruh dengan warna, rasa & packaging menarik sahaja

Anak-anak mungkin teruja dengan vitamin berwarna-warni, berperisa buah atau bergambar kartun tapi semua ini tidak menjamin keberkesanannya. Ada produk yang tinggi gula, pewarna tiruan atau hanya dicipta untuk menarik minat anak dan bukan untuk menyokong fungsi otak.

Ibu ayah perlu periksa senarai bahan tambahan. Elakkan produk yang mengandungi gula berlebihan, pewarna sintetik atau pemanis tiruan. Fokus kepada nutrisi sebenar dan bukan daripada penampilan luar.

5. Tidak konsisten dalam memberi vitamin

Ini antara kesilapan paling besar iaitu beli vitamin mahal dan bagus tapi beri pada anak sekali-sekala atau bila teringat sahaja. Fungsi otak memerlukan nutrisi berterusan untuk menunjukkan kesan yang ketara.

Ibu ayah perlu menjadikan pengambilan vitamin anak-anak sebagai rutin harian. Konsistensi penting kerana nutrisi seperti Omega-3 dan Phosphatidylserine bertindak dalam tempoh tertentu sebelum kesannya dapat dilihat.

Kesimpulannya, memilih vitamin minda untuk anak bukan soal ikut trend tetapi pilihan penting yang boleh menentukan masa depan mereka. Elakkan 5 kesilapan di atas  dan pastikan ibu ayah membuat pilihan berdasarkan ilmu dan keperluan sebenar anak anda.

error: Content is protected !!