Dalam dunia yang semakin kompetitif, ramai ibu ayah berlumba-lumba menyusun jadual anak sepadat mungkin. Sekolah pagi. Kelas tambahan petang. Tuisyen malam. Hujung minggu penuh dengan latihan, aktiviti kokurikulum atau kelas persediaan peperiksaan.
Nampak produktif, tetapi adakah otak dan emosi anak benar-benar mampu menampung semua itu?
Tanpa disedari, jadual anak yang terlalu penuh boleh menyebabkan burnout, sejenis keletihan mental dan emosi yang kini semakin banyak dialami oleh remaja.

Apa Itu Burnout?
Burnout bukan sekadar rasa penat fizikal. Ia adalah keadaan otak dan emosi yang terlalu letih akibat tekanan berpanjangan, tanpa rehat dan pemulihan yang cukup.
Menurut pakar psikologi, burnout dalam kalangan pelajar dan remaja boleh berlaku apabila mereka:
- Terlalu banyak bekerja (akademik, latihan, tanggungjawab sosial)
- Kurang tidur dan masa rehat yang berkualiti
- Rasa tertekan untuk sentiasa “berprestasi tinggi”
- Tiada ruang untuk meluah, berehat dan jadi diri sendiri
Tanda-Tanda Anak Mula Mengalami Burnout
Sebagai ibu ayah, penting untuk kita peka terhadap perubahan kecil yang mungkin petunjuk awal burnout:
- Anak kelihatan letih sepanjang masa, walaupun tidur cukup
- Prestasi akademik menurun, walaupun masih berusaha
- Hilang minat terhadap hobi atau aktiviti yang biasa disukai
- Mudah marah, murung atau diam tanpa sebab jelas
- Sukar fokus, lambat respon dan kerap ‘blur’ dalam perbualan
- Sering mengadu sakit kepala, badan letih, atau perut tak selesa

Kenapa Jadual Padat Boleh Menjejaskan Otak Remaja?
1. Otak Mereka Sedang Berkembang
Remaja berusia 13–17 tahun sedang melalui fasa penting perkembangan otak, terutama di bahagian prefrontal cortex- kawasan yang mengawal fokus, kawalan emosi dan membuat keputusan. Tekanan berlebihan dalam fasa ini boleh mengganggu fungsi otak dan mencetus gangguan emosi.
2. Tiada Masa untuk Pulih
Setiap hari, otak memproses ribuan maklumat. Tanpa rehat yang cukup, ia tidak sempat ‘memulihkan diri’. Ini menyebabkan brain fog, susah ingat, dan kehilangan motivasi.
3. Rehat Bukan Bermakna Malas
Ramai ibu ayah menyamakan ‘berehat’ dengan ‘buang masa’. Sebenarnya, rehat adalah strategi penting untuk bantu otak anak berkembang dengan sihat.
Apa yang Ibu Ayah Boleh Lakukan?
1. Semak Jadual Anak Secara Realistik
Tanya diri: Adakah setiap jam anak saya diisi dengan aktiviti ‘produktif’? Adakah mereka ada masa untuk berehat, bermain atau sekadar bernafas?
2. Utamakan Kualiti, Bukan Kuantiti
Tak perlu daftar semua tuisyen dan aktiviti. Pilih yang benar-benar penting dan beri ruang untuk anak berkembang secara seimbang.
3. Jadualkan Masa Rehat Seperti Masa Belajar
Masukkan waktu rehat dalam jadual harian. Biarkan anak melukis, membaca, bersenam ringan atau duduk santai tanpa gajet.
4. Sediakan Ruang Emosi yang Selamat
Jadilah tempat selamat untuk anak meluah. Bila mereka tahu mereka boleh bercakap tanpa dihakimi, mereka lebih tenang dan stabil secara emosi.
5. Tingkatkan Kesedaran Diri Anak
Ajar mereka dengar ‘suara badan’, kalau dah mula penat, mengantuk atau susah fokus, itu tandanya otak minta rehat.
6. Sokong dengan Pemakanan & Vitamin Minda
Otak yang cergas perlukan nutrisi yang mencukupi. Pastikan anak mendapat makanan seimbang setiap hari termasuk sayur, buah, protein dan air kosong. Untuk sokongan tambahan, amalkan vitamin minda no. 1 pilihan ibu bapa Eskayvie Mindtropic yang kaya dengan nutrisi penting untuk otak seperti Phosphatidylserine. Terbukti bantu tingkatkan fokus, daya ingatan dan emosi yang stabil.
Anak Hebat Perlukan Otak yang Sihat
Setiap ibu ayah mahukan anak yang cemerlang. Tapi kecemerlangan sebenar bukan hanya pada markah tapi juga pada kesejahteraan emosi dan kesihatan minda.
Jangan biarkan jadual yang terlalu padat merosakkan semangat belajar dan ketenangan anak sendiri.Beri ruang untuk mereka menjadi remaja yang berkembang secara sihat secara jasmani, emosi dan intelek.
Anak yang gembira dan stabil mindanya, itulah sebenar-benarnya anak yang bersedia dan akan berjaya dalam hidup.