“Aku ingat aku penat, hakikatnya mental aku dah tenat”

Pernah ke terima atau baca SMS/WS seperti ini?
Ada ahli keluarga atau rakan yang cuba untuk meluahkan rasa?
Apa yang akan anda lakukan?

“Relax, masalah ni kecil je…”
“Doa banyak-banyak, nanti selesai lah tu…”
“Aku pun pernah lalui benda tu, ok je sekarang…”

Ramai yang abaikan mereka dan hanya sedar ianya masalah besar apabila dah terlambat. 

Yang sedang tersenyum tak semestinya sedang bahagia, 

Dan bukan semua penyakit boleh kelihatan dengan mata kasar.
Tidak nampak, tidak bererti Tidak WUJUD. 
Mereka yang alami anxiety dan depression sentiasa berada dalam ketakutan dan kepenatan.

Rasa sedih sepanjang waktu tetapi tidak tahu puncanya
Melarikan diri dari berjumpa orang ramai
Sukar untuk fokus di tempat kerja
Mengalami masalah kesukaran tidur setiap malam
Sering menangis tanpa sebab
Kerisauan melampau terhadap sesuatu perkara

Apabila terlalu terbeban dengan perasaan ini, ramai yang memilih untuk mengakhiri “penderitaan” dengan cara yang salah.

Tahukah anda, suicidal doesn’t always look suicidal?

Masalah mental juga boleh kelihatan seperti ini:

Mereka ingin berkawan, tetapi tidak inginkan interaksi.
Mereka ingin bersendirian, tetapi tidak ingin keseorangan.
Mereka inginkan bantuan, tetapi tiada siapa yang menghulurkan.

Kami mulakan eksperimen sosial untuk melihat tindakan masyarakat apabila ada rakan atau ahli keluarga yang menghadapi situasi yang mana mereka perlu ditenangkan.

Hasil eksperimen sosial tersebut adalah amat mengejutkan. 

Setiap kali ada kenalan atau ahli keluarga yang cuba meminta bantuan, hampir semua beri respon seperti mengabaikan perasaan mereka.
Tonton eksperimen sosial kami di sini.

Eksperimen A

Netizen 1

Eksperimen B

Netizen 2

Di Malaysia sahaja, kekerapan masalah mental telah meningkat sehingga 29.2% dengan depression menjadi masalah yang paling kerap dihadapi iaitu sebanyak 4.8%
Kesan pandemik, 47% responden mengakui mereka mengalami simptom kegelisahan dan 11% remaja Malaysia didapati mempunyai gangguan psikologi (Kajian tahun 2020).

TETAPI
Rakyat Malaysia masih mempunyai stigma yang kuat terhadap masalah mental, menganggapnya sebagai satu kelemahan dan aib yang perlu disembunyikan.
Sehingga akhirnya mereka berjuang bersendirian.
Hanya 10% individu yang mempunyai masalah mental mendapatkan bantuan profesional di Malaysia.

Dimanakah fungsi KITA?

Setiap individu terdedah kepada masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina. Oleh itu, tingkatkan kesedaran dalam diri agar anda lebih bijak menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri atau insan tersayang. Teruskan membaca untuk memahami isu kesihatan mental ini dengan lebih lanjut.

APA ITU PENYAKIT MENTAL?

Penyakit mental boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, bermula dari tahap ringan sehinggalah yang memerlukan rawatan hospital dan rawatan perubatan. Kesannya, pesakit mental akan mengalami kesan kepada perubahan rutin harian, ganguan pada pemikiran, emosi serta tingkah laku sehingga mengganggu kehidupan.

Mengapa Masalah Mental Terjadi Dalam Kehidupan?

Banyak faktor yang menyebabkan kepada masalah mental, antaranya:

Tekanan kerja

Desakan kewangan

Hubungan yang tidak Sihat

Masalah kesihatan

Masalah peribadi & keluarga

Tekanan pembelajaran

Tekanan persekitaran

Trauma kejadian lampau

Faktor sosial

Masalah mental berbeza-beza mengikut usia:

Semua individu boleh alami masalah mental.

“Perbuatan melabel individu tersebut sebagai gila, tidak stabil, bahaya, ganas dan mengada-ngada boleh menyumbang kepada perkara yang lebih buruk.”

Hentikan stigma terhadap masalah mental.

Dengan Kerjasama

Di FreeYourMind, kami ingin mendedahkan anda kepada realiti penyakit mental…

Service kami

Konsultasi Tentang Gigi

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam mattis nunc vitae dolor mollis imperdiet.

Konsultasi Tentang Gigi

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam mattis nunc vitae dolor mollis imperdiet.

Konsultasi Tentang Gigi

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam mattis nunc vitae dolor mollis imperdiet.

FAQ

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nunc, nisl sit ac ut faucibus sed potenti massa.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Hubungi kami

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur elit. ​

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Neque, sed pellentesque dictum eu, tincidunt pulvinar sed sed aliquam. Non odio lacus habitant orem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Neque, sed pellentesque dictum eu tincidunt pulvinar sed sed aliquam. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top