Kalau Anak Anda Tak Ambil Vitamin Minda Sekarang… Apa Yang Mungkin Terjadi 5 Tahun Lagi?

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak. Kita mahu mereka membesar sihat, pintar dan berjaya dalam hidup. Kita hantar mereka ke sekolah terbaik, daftar tuisyen dan sanggup habiskan ratusan ringgit untuk alat bantu belajar seperti tablet dan buku interaktif.

Tapi ada satu perkara yang selalu terlepas pandang, kesihatan otak anak itu sendiri.

Cuba tanya diri sendiri, adakah anak anda mendapat nutrien yang cukup untuk menyokong perkembangan otak mereka? Atau kita hanya berharap makanan harian yang tak tentu cukup itu mampu bantu anak fokus, ingat, dan belajar dengan baik?

Tahukah anda, 90% perkembangan otak berlaku sebelum umur 5 tahun? Dan sambungan sel otak (neuron) yang sihat bergantung pada pemakanan, aktiviti harian dan emosi anak.

Malangnya, ramai anak hari ini:

  • Cepat lupa apa yang dipelajari
  • Mudah hilang fokus dalam kelas
  • Tak berminat dengan pembelajaran
  • Cepat stress dan moody

Bukan sebab mereka malas. Tapi kerana otak mereka mungkin kekurangan bahan asas yang penting untuk berfungsi dengan baik seperti neurotransmitter dan lemak sihat otak.

Apa Akan Terjadi Kalau Dibiarkan Tanpa Sokongan Nutrisi Otak?

Bayangkan 5 tahun dari sekarang…

Anak yang tak dapat cukup nutrien otak hari ini mungkin akan:

  • Ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan sebaya
  • Mudah stres dengan tekanan akademik yang semakin mencabar
  • Keyakinan diri menurun, sebab selalu merasa “aku tak pandai macam orang lain”
  • Kualiti hidup terjejas, kerana potensi sebenar mereka tidak dimaksimumkan

Dan semua ini bukan sebab mereka tak mampu tapi kerana otak mereka tidak dibekalkan dengan bahan bakar yang betul sejak awal lagi.

Semakin banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa pemakanan tambahan tertentu boleh menyokong prestasi otak, terutamanya dalam:

  • Meningkatkan fokus
  • Menyokong memori jangka pendek & panjang
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Menajamkan daya berfikir dan menyelesaikan masalah

Contohnya, bahan seperti Phosphatidylserine semuanya terbukti secara klinikal membantu menyokong fungsi neurotransmitter penting dalam otak seperti:

  • Serotonin: mood gembira & tenang
  • Dopamine: motivasi & semangat belajar
  • Acetylcholine: memori & keupayaan fokus
  • Norepinephrine: ketajaman mental & reaksi cepat

Tanpa bahan-bahan ini dalam diet harian, anak anda ibarat “berlari tanpa tenaga”.

Pilih Vitamin Minda No.1 Pilihan Ibu Bapa Bijak

Kini, makin ramai ibu bapa sedar pentingnya sokongan nutrisi untuk minda anak.

Mereka mula memilih Booster Minda berkualiti tinggi  yang diformulasikan khusus untuk menyokong perkembangan otak, emosi dan kebolehan belajar anak-anak. Vitamin minda bukan hanya untuk “anak slow” tapi juga untuk anak yang aktif, cepat penat, dan mudah hilang fokus.

Ibarat kita beri “baja khas” untuk pokok buah, otak anak juga memerlukan nutrien tertentu supaya boleh berkembang secara optimum.

Lima tahun mungkin rasa jauh, tapi kesannya bermula hari ini. Sama ada anak anda akan jadi pelajar yang yakin, fokus dan mampu bersaing, semuanya bermula dengan apa yang kita beri mereka sekarang.

Berikan mereka makanan yang menyuburkan minda. Sokong mereka dengan kasih sayang dan emosi yang stabil. Sokong dengan vitamin minda No.1 pilihan ibu bapa, Eskayvie Mindtropic. Bila otak anak berkembang dengan bijak, barulah mereka bersedia mencipta hidup yang hebat.

error: Content is protected !!