Kempen Booster Minda

Booster Minda bukan sekadar kempen, tapi satu kesedaran penting untuk kita sama-sama membina masa depan anak-anak Malaysia, agar mereka lebih fokus, cerdas dan bersedia menghadapi dunia, bermula dengan nutrisi yang betul dari usia 2 hingga 18 tahun.

Dengan pendekatan yang menyeluruh melalui pemakanan, pendidikan dan bimbingan gaya hidup sihat, Booster Minda bukan sekadar suplemen tetapi satu usaha bersama ibu bapa moden yang mahu memberikan sokongan terbaik untuk membantu anak-anak mereka menjadi lebih fokus, cerdas dan yakin menghadapi cabaran pembelajaran hari ini.

“Setiap anak dilahirkan bijak. Dengan nutrisi, sokongan dan persekitaran yang betul, potensi mereka boleh menyerlah luar biasa.”
– Dr. Syid Ayob, Formulator Produk & Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie

4 Inisiatif Booster Minda

Kesedaran tentang Kepentingan Nutrisi Otak

Menyampaikan ilmu tentang bagaimana nutrien tertentu seperti Phosphatidylserine, ALA dan Multivitamin memainkan peranan penting dalam keupayaan otak anak untuk fokus, menyimpan memori dan bertindak balas dengan cepat.

Panduan Gaya Hidup Sihat dan Seimbang

Membantu ibu bapa menetapkan rutin sihat yang merangkumi pemakanan seimbang, waktu tidur mencukupi dan aktiviti fizikal yang menyokong perkembangan mental dan emosi anak.

Perkongsian Ilmu daripada Pakar

Melibatkan doktor perubatan, ahli nutrisi dan pakar diet yang berkongsi tips dan panduan berdasarkan data klinikal untuk membantu ibu bapa membuat keputusan lebih tepat dalam menyokong kecerdasan anak.

Komuniti Sokongan yang Positif dan Membangun

Menawarkan platform untuk ibu bapa berkongsi pengalaman, bertukar pandangan dan memberi inspirasi antara satu sama lain dalam perjalanan membesarkan anak-anak bijak dan sihat.

Kempen Booster Minda memahami realiti pendidikan masa kini yang semakin mencabar di mana anak-anak bukan sahaja perlu belajar tetapi perlu bertahan emosi, cepat faham dan kekal fokus dalam dunia penuh gangguan digital.

  • Memberi anak nutrisi minda yang terbukti membantu kognitif & emosi
  • Dapat panduan keibubapaan moden untuk menyokong pembelajaran anak
  • Sertai komuniti ibu bapa yang berkongsi nilai dan aspirasi yang sama

Kami percaya setiap anak dilahirkan genius. Sokong dengan nutrisi yang betul untuk menyerlahkan potensi mereka.

Disokong oleh Produk Inovatif

Kempen Booster Minda disokong oleh dua produk utama hasil formulasi Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
dan pasukan penyelidikan Eskayvie:

Eskayvie Mindtropic & Eskayvie Mindtropic Junior

Apa Yang Menjadikan Mindtropic Berbeza?

1. Diformulasi oleh Doktor Perubatan & Pasukan Penyelidikan Bertauliah

Ramai ibu bapa buntu apabila usaha anak belajar keras masih tidak menunjukkan hasil. Booster Minda dibangunkan oleh pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Eskayvie yang diketuai oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, doktor perubatan dengan lebih 35 tahun pengalaman klinikal dan penyelidikan demi menghasilkan solusi yang terbukti, selamat dan boleh dipercayai.

2. Formulasi Terbukti & Komprehensif

Masalah seperti anak hilang fokus, cepat penat atau sukar mengingati apa yang dipelajari semakin membimbangkan.
Booster Minda dirumus khas menggunakan bahan-bahan semula jadi premium yang disokong oleh kajian sains terkini:

  • Phosphatidylserine – menyokong fungsi otak & daya ingatan
  • Ashwagandha KSM-66® – bantu kawal stres & emosi
  • Bacopa Monnieri, ALA, Selenium, Magnesium, Multivitamin – menyokong fokus, tenaga & ketahanan minda

3. Dibangunkan Mengikut Peringkat Umur

Ramai ibu bapa keliru mencari suplemen yang sesuai dengan tahap perkembangan anak.
Booster Minda menawarkan formulasi berbeza yang dibangunkan khusus mengikut keperluan usia:

  • Mindtropic Junior (2–12 Tahun) – menyokong tumbesaran dan perkembangan awal minda
  • Mindtropic (13–18 Tahun) – membantu remaja dalam pembelajaran serta menghadapi silibus mencabar dan tekanan peperiksaan

4. Sokongan Holistik & Komuniti

Anak yang sihat dan cemerlang tidak boleh dibentuk dengan produk sahaja.
Booster Minda juga menyediakan sokongan berterusan untuk ibu bapa melalui:

  • Tips parenting & gaya hidup harian
  • Video & bimbingan pakar daripada doktor dan pakar nutrisi
  • Komuniti ibu bapa aktif untuk berkongsi pengalaman dan saling memberi inspirasi

Mengapa Mindtropic Penting untuk Anak Anda?

Anak-anak hari ini sedang membesar dalam dunia yang serba pantas, penuh dengan gangguan digital, tekanan pembelajaran dan cabaran mental yang semakin kompleks. Silibus yang makin mencabar, penggunaan gajet yang berlebihan dan kurangnya gaya hidup sihat menyebabkan ramai anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda keletihan mental, kurang fokus dan lemah daya ingatan. 

Menurut kajian Hampton & Keys (2016) serta Shatto & Erwin (2016), purata tumpuan manusia kini hanyalah 8.25 saat. Malah, Generasi Z, iaitu anak-anak kita hari ini hanya mampu fokus selama 8 saat, jauh lebih rendah berbanding 12 saat untuk generasi sebelumnya. Realiti ini disokong oleh kenyataan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, yang mendedahkan bahawa lebih 122,000 murid Tahun Satu di Malaysia masih belum menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). 

Ini bukan sekadar angka tetapi satu isu besar yang perlu ditangani segera sebelum ia memberi kesan jangka panjang terhadap keyakinan diri, prestasi akademik dan masa depan anak-anak kita.

Mindtropic Menjadi Pilihan Terbaik Ibu Bapa Hari Ini

  • Semakin ramai ibu bapa hari ini sedar bahawa kejayaan anak tidak hanya bergantung kepada usaha atau keputusan peperiksaan semata-mata. Aspek nutrisi yang betul, kestabilan emosi, dan bimbingan harian dari rumah memainkan peranan penting dalam membentuk prestasi dan masa depan anak-anak.
  • Atas kesedaran inilah, Mindtropic menjadi pilihan hati ibu bapa moden yang ingin menyokong perkembangan minda anak secara menyeluruh — dari segi fokus, daya ingatan, dan keyakinan diri.

Mindtropic Pilihan Ramai

  • Anak lebih fokus & seronok belajar
    Mindtropic membantu meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan otak anak, menjadikan sesi pembelajaran lebih efektif dan menyeronokkan.
  • Semangat & keyakinan diri semakin meningkat
    Apabila anak dapat faham dengan cepat dan ingat dengan baik, mereka menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.
  • Perubahan positif mula kelihatan
    Ramai ibu bapa berkongsi bagaimana anak mereka menunjukkan perubahan dari segi emosi, interaksi dan prestasi akademik selepas pengambilan Booster Minda secara konsisten.
  • Diformulasi berasaskan kajian & pengalaman klinikal
    Diperkasa oleh Dr. Syid Ayob dan pasukan pakar Eskayvie, Booster Minda dirumus berdasarkan sains nutrisi otak, dengan bahan semula jadi yang terbukti selamat dan berkesan.

Di Sebalik Mindtropic: Doktor, Pakar & Penyelidikan Terkini

Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
Formulator Produk & Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie

Di sebalik kejayaan Booster Minda berdiri seorang pakar perubatan berwibawa yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan.
Dr. Syid Ayob, seorang doktor perubatan bertauliah dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam perubatan moden dan regeneratif, merupakan
pencipta utama formula Booster Minda — suplemen Vitamin Minda yang kini dipercayai oleh ratusan ribu pengguna di seluruh Malaysia.

Berbekalkan ijazah perubatan dari Vrije Universiteit Brussels, Belgium dan pengalaman klinikal di beberapa hospital utama dalam dan luar negara, Dr. Syid bukan sahaja memahami keperluan tubuh manusia, tetapi juga cabaran sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja masa kini.

Disyorkan dan Diformulasikan oleh Dr Syid Ayob & Pasukan Penyelidikan

Di bawah kepimpinan Dr. Syid Ayob, pasukan penyelidikan Eskayvie yang terdiri daripada doktor dan pakar nutrisi sentiasa menjalankan kajian R&D terkini bagi memastikan setiap produk yang dibangunkan adalah semula jadi, selamat dan terbukti berkesan.

Semua pakar ini merupakan tenaga profesional sepenuh masa yang bekerjasama rapat dengan pasukan formulasi dan pembangunan produk Eskayvie dari peringkat awal penyelidikan sehinggalah ke penghasilan produk demi memastikan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada pengguna. Formulasi Booster Minda bukan hasil eksperimen biasa, tetapi terhasil daripada kajian terperinci berdasarkan sains otak dan keperluan sebenar anak-anak zaman kini.

“Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam. Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda hanya dengan pengambilan nutrisi yang berkesan. Phosphatidylserine, nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan. Phosphatidylserine juga membantu menaikkan paras dopamine, seterusnya memberikan motivasi untuk remaja lebih bersemangat untuk belajar, lebih fokus dan Insya-Allah boleh perform dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.”

Fokus Kepada Otak Anak, Masa Depan Negara

“Silibus pembelajaran sekarang jauh lebih mencabar. Anak-anak perlu berusaha 200% untuk skor dalam peperiksaan. Tapi bayangkan, jika otak mereka dapat ditingkatkan keupayaannya hanya dengan nutrisi yang tepat, bukankah itu satu kelebihan besar?”
— Dr. Syid Ayob,
 Formulator Produk & Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie

Salah satu nutrisi utama dalam Booster Minda, Phosphatidylserine, terbukti menyokong fungsi otak, melindungi sel-sel otak daripada stres, dan menaikkan paras dopamine – hormon motivasi yang membantu remaja kekal fokus, lebih bersemangat untuk belajar dan bersedia menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Komitmen Kami Bukan Sekadar Janji

Setiap produk yang diformulasi oleh Dr. Syid bersama pasukan penyelidikan dan pakar nutrisi Eskayvie dibangunkan bukan sekadar untuk dipasarkan, tetapi untuk memberikan solusi sebenar kepada keperluan masyarakat hari ini.

Booster Minda merupakan sebahagian daripada misi kami untuk membantu anak-anak Malaysia membesar dengan lebih sihat, lebih bijak, dan lebih bersedia menghadapi cabaran dunia moden demi kehidupan yang lebih seimbang, tenang dan bermakna untuk semua.

Sokong Perjalanan Anak Anda Hari Ini

Jangan tunggu sehingga anak hilang fokus atau semakin tertekan. Pembelajaran sepatutnya menjadi satu kegembiraan, bukan beban. Dan sebagai ibu bapa, kita memegang peranan penting dalam membantu mereka menyerlahkan potensi sebenar.

Kerana setiap anak layak untuk jadi genius yang cemerlang, sihat, seimbang dan yakin melangkah ke hadapan. Ini bukan pilihan, tapi tanggungjawab kita bersama untuk menjadikannya nyata.

Dengan sokongan nutrisi yang betul, emosi yang stabil, dan bimbingan yang berterusan, kita mampu membentuk anak-anak yang bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga seimbang dalam kehidupan.

error: Content is protected !!