Kenali Tanda Otak Anak Terlebih Stimulasi Akibat Penggunaan Gajet

Zaman kini, gajet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak. Video berunsur pendidikan, permainan interaktif dan aplikasi pembelajaran sememangnya memberi manfaat tapi jika berlebihan, otak anak boleh jadi terlebih stimulasi.

Tanpa kita sedar, paparan skrin yang terlalu lama, kandungan yang terlalu laju dan terlalu banyak rangsangan visual dan bunyi boleh menyebabkan otak anak ‘bekerja terlalu keras’. Akibatnya, fungsi kognitif, emosi dan fizikal mereka boleh terjejas.

Berikut ialah tanda-tanda otak anak mungkin sedang terlebih stimulasi akibat gajet dan apa yang ibu ayah boleh lakukan sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Anak Cepat Bosan Bila Tak Pegang Gajet

Jika anak tidak boleh duduk diam atau mula merengek bila tidak diberi skrin, ini mungkin tanda mereka terlalu bergantung kepada rangsangan digital. Kandungan dari gajet sangat pantas dan penuh warna serta bunyi. Bila otak dah terbiasa dengan rangsangan tinggi, dunia sebenar terasa “terlalu perlahan” dan membosankan.

 2. Tidur Anak Terganggu atau Sukar Lena

Anak yang kerap menghadap skrin terutamanya sebelum tidur, mungkin akan mengalami kesukaran untuk lena atau tidur jadi tidak nyenyak. Cahaya biru daripada skrin mengganggu penghasilan melatonin (hormon tidur) dan menjadikan otak kekal aktif walaupun badan sudah letih.

3. Mudah Tantrum atau Hilang Kawalan Emosi

Anak jadi lebih mudah marah, cepat menangis atau sukar ditenangkan bila sesuatu tidak mengikut kehendak walaupun perkara kecil. Otak yang sentiasa dirangsang tanpa rehat menyebabkan sistem kawalan emosi terganggu. Ini kerana emosi mereka sering dialihkan dengan skrin, bukan diajar untuk diurus dan difahami dengan cara yang sihat.

4. Sukar Fokus Bila Belajar

Anak mungkin nampak aktif dan petah bercakap semasa main game atau tonton video. Tapi bila tiba masa belajar mudah hilang tumpuan, tak sabar dan tak boleh duduk diam. Otak mereka dilatih untuk bertindak balas cepat, bukan fokus jangka panjang. Kandungan digital yang laju menyebabkan otak susah bertahan dengan aktiviti belajar yang perlahan dan perlukan usaha.

5. Kurang Minat dengan Dunia Sebenar

Anak tidak berminat untuk bermain dengan adik-beradik, tidak tertarik pada buku atau aktiviti fizikal hanya mahukan gajet. Terlebih stimulasi boleh membuatkan dunia sebenar jadi ‘kurang menarik’ berbanding skrin. Ini boleh jejaskan perkembangan sosial dan kreativiti anak.

 6. Otak Tidak Dapat ‘Reset’ Secara Semula Jadi

Apabila otak sentiasa menerima input tanpa henti, ia tidak sempat memproses atau menyusun semula maklumat. Ini boleh menyebabkan anak sukar membina memori jangka panjang, susah faham dan mudah lupa.

Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan?

Otak anak sangat fleksibel (neuroplasticity) dan boleh dipulihkan dengan sokongan yang betul.

Berikut langkah-langkah praktikal yang ibu ayah boleh cuba:

  • Hadkan masa skrin secara berperingkat, ikut umur anak
  • Tukar waktu skrin dengan aktiviti dunia sebenar: membaca, bermain, melukis, atau aktiviti luar
  • Wujudkan waktu bebas gajet, contohnya 1 jam sebelum tidur
  • Dampingi anak semasa mereka guna gajet, bukan biar mereka seorang diri
  • Pastikan anak cukup tidur, makan makanan seimbang dan dapat rehat mental
Sokong Kesihatan Otak Anak dengan Nutrisi Pintar

Selain gaya hidup seimbang, nutrisi minda juga memainkan peranan penting dalam membantu otak anak pulih dan berkembang dengan sihat.

Contohnya, Eskayvie Mindtropic mengandungi gabungan nutrien penting seperti:

  • Phosphatidylserine & ALA- bantu komunikasi sel otak dan fokus
  • Multivitamin & mineral- lengkapkan keperluan otak harian
  • Prebiotik & 22 ekstrak buah dan sayur termasuk Moringa – tinggi antioksidan, bantu pertahanan sel otak

Eskayvie Mindtropic ibarat ‘makanan otak moden’ yang diformulasi khas untuk anak-anak yang membesar dalam dunia penuh rangsangan digital hari ini.

Gajet tidak salah  tapi bila digunakan tanpa kawalan, otak anak boleh jadi terlalu letih walaupun tubuh mereka nampak aktif. Sebagai ibu ayah, kita boleh bantu mereka kembali seimbang  dengan rutin yang lebih sihat, interaksi sebenar dan sokongan nutrisi yang sesuai. Otak anak adalah aset masa depan. Jaga ia dari sekarang, agar mereka mampu membesar sebagai insan yang cemerlang dan bermanfaat kepada orang lain.

error: Content is protected !!