Kenapa Otak Anak Cepat Penat? Ini 5 Punca Yang Ibu Ayah Tak Sedar

Anak nampak lesu walaupun baru separuh hari? Mudah hilang fokus, lambat tangkap pelajaran dan asyik mengadu penat? Ini bukan masalah biasa, ia mungkin petanda otak anak anda sedang kepenatan!

Sebagai ibu ayah, kita selalu fikir keletihan ini berpunca dari jadual yang padat atau kerja sekolah yang banyak. Tapi hakikatnya, otak anak yang sedang berkembang pesat sangat sensitif terhadap pelbagai faktor yang sering dianggap remeh.

Berikut adalah 5 punca utama yang mungkin sedang berlaku tanpa kita sedar:

1. Stimulasi Berlebihan (Overstimulation)

Gajet, bunyi bising, skrin terlalu lama- semua ini memberi rangsangan berlebihan kepada otak anak. Otak yang belum matang terpaksa ‘bekerja keras’ memproses terlalu banyak maklumat visual dan audio dalam satu masa. Tanda-tandanya termasuk anak cepat meragam, sukar fokus dan cepat bosan melakukan apa-apa aktiviti.

2. Kekurangan Nutrisi Otak

Otak perlukan nutrien penting seperti Omega-3, Phosphatidylserine, Magnesium dan Vitamin B untuk berfungsi dengan baik. Tanpa nutrisi mencukupi, sel otak jadi lemah, komunikasi neuron terganggu dan anak mudah hilang tumpuan. Tanda-tanda termasuk susah ingat pelajaran, mudah mengantuk walaupun tidur cukup dan lambat faham bila belajar.

3. Tidur yang Tidak Berkualiti

Tidur bukan sekadar kuantiti jam, tetapi kualiti rehat yang menentukan prestasi otak anak. Waktu tidur adalah saat otak ‘reset’ dan memproses memori. Tanda-tandanya termasuk bangun pagi masih lesu, mengantuk waktu siang dan emosi tidak stabil

4. Tekanan Akademik & Harapan Tinggi

Jadual terlalu padat, kelas bertindan dan harapan tinggi tanpa rehat mencukupi boleh menyebabkan otak anak ‘burnout’. Tanda-tandanya termasuk anak cepat menangis atau marah, hilang minat belajar dan selalu mengadu bosan atau penat.

5. Kurang Aktiviti Fizikal

Ramai tak tahu bahawa pergerakan fizikal bantu lancarkan aliran darah ke otak. Anak yang tidak aktif lebih cenderung untuk hilang tumpuan. Tanda-tandanya termasuk anak kerap termenung atau nampak lemau, kurang interaksi dan mudah rasa bosan.

Untuk bantu otak anak kekal cergas, ibu bapa perlu beri sokongan menyeluruh dari tidur, emosi, aktiviti fizikal hinggalah kepada pemakanan. Salah satu ikhtiar paling mudah dan selamat ialah dengan Eskayvie Mindtropic Junior, vitamin minda no.1 pilihan ibu bapa yang diformulasi khas untuk anak-anak 2–12 tahun.

Diperkaya dengan 7 bahan premium seperti:
✔️ Phosphatidylserine
✔️ Alpha-Linolenic Acid (ALA)
✔️ Multivitamin & Mineral
✔️ Prebiotik & DigeZyme
✔️ 22 Ekstrak buahan & sayuran + Moringa

Hakikatnya otak anak bukan mesin,  ia perlukan rehat, sokongan dan nutrisi yang betul. Jangan tunggu sehingga anak hilang semangat belajar, mudah tantrum atau prestasi merosot baru kita mula bertindak. Mulakan langkah kecil hari ini. Bantu anak capai potensi sebenar mereka dengan pemakanan seimbang dan sokongan nutrisi minda yang terbukti berkesan. Bila otak anak lebih bijak, masa depan mereka juga lebih hebat.

error: Content is protected !!