Kita selalu tanya, “Anak dapat berapa A?”
Tapi jarang kita tanya, “Anak kita tenang tak waktu belajar? Bahagia tak waktu ulangkaji? Minda dia cukup kuat ke untuk tanggung tekanan?”
Dalam keghairahan melihat anak cemerlang dalam peperiksaan, ramai ibu bapa ayah tanpa sedar meletakkan pencapaian akademik lebih tinggi daripada kesejahteraan emosi dan mental mereka. Sedangkan, anak yang keletihan secara mental takkan mampu menyerap pelajaran dengan baik, apatah lagi untuk berkembang sebagai pelajar yang penuh potensi.
Kesihatan Minda: Asas Yang Menyokong Segala Kecemerlangan
Kesihatan minda melibatkan keseimbangan antara emosi, kognitif dan mental anak. Ia termasuk:
- Keupayaan mengurus tekanan
- Kebolehan kekal fokus dan faham pelajaran
- Tahap keyakinan dan motivasi diri
- Kemampuan menghadapi kegagalan dengan matang

Anak yang sihat mindanya akan lebih mudah menyerap ilmu, lebih cepat menguasai topik sukar dan lebih yakin menghadapi cabaran peperiksaan. Tanpa ini semua, anak mungkin rajin belajar tetapi hasilnya tidak sepadan dengan usaha yang dicurahkan. Kajian menunjukkan bahawa stres yang berpanjangan pada kanak-kanak menjejaskan fungsi hippocampus, bahagian otak penting untuk ingatan dan pembelajaran.
Tanda-Tanda Awal Minda Anak Tertekan
Ramai ibu ayah hanya fokus pada hasil iaitu keputusan peperiksaan. Tanda-tanda seperti ini jarang yang perasan:
- “Saya dah ulang banyak kali tapi tetap tak ingat…”
- “Saya rasa susah nak fokus, penat sangat otak…”
- “Saya takut gagal, nanti semua orang kecewa…”
Anak yang memiliki minda siha tetap boleh belajar walaupun penat. Namun anak yang mengalami minda yang tertekan akan rasa beban belajar itu sangat berat walaupun dia berusaha dan rajin setiap hari.
Peranan Ibu Bapa: Bukan Sekadar Menyuruh, Tapi Menyokong
Ibu bapa adalah cermin emosi anak.
Kalau kita sendiri sering tertekan, meninggikan suara atau menunjukkan rasa kecewa, anak akan sentiasa diselubungi rasa takut untuk gagal. Mereka mula belajar bukan kerana minat tetapi kerana takut dimarahi.
Apa yang ibu bapa perlu lakukan?
✅ Mewujudkan suasana belajar yang tenang dan selamat
✅ Menghargai setiap usaha, walaupun belum capai ‘sempurna’
✅ Membantu anak mengenal potensi diri tanpa membandingkan
✅ Sudi mendengar tanpa terus menghukum
Anak akan rasa lebih yakin, lebih terbuka dan lebih bersedia untuk belajar dengan hati yang lapang. Anak-anak tak selalu perlukan jawapan untuk setiap persoalan. Kadang-kadang, yang mereka perlukan hanyalah pelukan yang tenang, kepercayaan yang ikhlas dan sokongan daripada ibu bapa yang faham bahawa perjuangan belajar bukanlah sesuatu yang mudah.

Nutrien penting untuk otak anak:
1. Phosphatidylserine
Membantu komunikasi antara sel otak, menyokong kejelasan mental, tumpuan dan daya ingatan.
2. Ashwagandha
Herba semula jadi yang menurunkan hormon stres (kortisol) dan membantu tidur yang lena.
3. Bacopa Monnieri
Meningkatkan keupayaan memori, menyokong pembelajaran dan menenangkan anak yang mudah gelisah.
4. Magnesium
Membantu kawal emosi, kurangkan keresahan dan penting untuk tidur yang berkualiti.
5. Selenium
Antioksidan yang melindungi sel otak daripada kerosakan dan menyokong kestabilan emosi serta tenaga mental.
Kesemua bahan ini ada dalam Eskayvie Mindtropic, vitamin minda lengkap yang diformulasi oleh doktor perubatan untuk menyokong fungsi otak, kestabilan emosi dan ketahanan anak terhadap tekanan.A dalam peperiksaan tidak bermakna apa-apa jika anak tak bahagia.
Ilmu tak akan kekal kalau dipaksa tanpa difahami.Dan kejayaan sebenar tak akan lahir daripada tekanan, tapi dari anak yang rasa dihargai, disokong dan diberi ruang untuk berkembang. Mulakan dengan satu perkara kecil iaitu jaga kesihatan minda anak.Sama seperti kita suap nasi untuk kenyangkan perut, suapkan juga nutrisi dan kasih sayang untuk kuatkan otak dan jiwanya.



