Minda Anak Kuat, Emosi Lebih Stabil: Tapi Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Cara Betul

Ramai ibu ayah hanya menilai kejayaan anak dari pencapaian akademik, boleh membaca awal, cepat mengira, hafal fakta. Tapi mereka lupa kejayaan anak bukan pada ‘berapa cepat’ mereka belajar tetapi sejauh mana mereka mampu fokus, kawal emosi dan bina keyakinan diri.

Bagaimana nak bantu anak kuasai semua ini? Jawapannya ada pada kekuatan minda mereka namun sayangnya, masih ramai ibu bapa tak tahu cara yang betul untuk merangsangnya.

Otak Yang Cergas Bantu Anak Jadi Lebih Tenang

Ketika usia kanak-kanak, otak mereka berkembang pesat. Setiap hari, berbilion sambungan saraf dibentuk berdasarkan apa yang mereka alami, makan dan fikir.

Jika minda dibekalkan dengan nutrien penting, rangsangan positif dan rutin yang seimbang, anak-anak bukan saja akan lebih cepat belajar tetapi juga lebih:

  • Tenang dalam tekanan
  • Yakin berhadapan orang
  • Berani bersuara dan mencuba
  • Kurang tantrum dan gangguan emosi
5 Perkara Yang Ramai Ibu Bapa Buat Tanpa Sedar Membantutkan Minda Anak
1. Terlalu Fokus Pada ‘Bijak Awal’

Ibu bapa sangka makin awal anak belajar, makin cemerlang. Hakikatnya, otak anak perlukan asas yang stabil sebelum masuk ke akademik berat. Jika terlalu awal diasak, anak boleh cepat bosan, stres dan mula hilang minat belajar.

2. Abaikan Makanan Otak

Anak cerewet makan bukan alasan. Kekurangan nutrisi penting seperti DHA, magnesium, zink dan asid amino boleh ganggu tumpuan, ingatan dan kestabilan emosi anak.

3. Gajet Gantikan Masa Berkualiti

Gajet sebenarnya ‘membekukan’ interaksi otak. Kajian menunjukkan pendedahan skrin berlebihan boleh ganggu kawalan emosi dan keupayaan fokus jangka panjang.

4. Emosi Anak Tidak Dilayan

Tantrum bukan semata-mata ‘manja’. Ia tanda emosi anak sedang bercelaru. Bila ibu bapa abaikan atau marah balik, anak rasa tidak selamat  dan ini beri kesan kepada pembentukan ‘emotional intelligence’.

5. Rutin Tidur Tak Konsisten

Tidur bukan sahaja untuk rehat badan, ia juga waktu otak ‘menyusun’ semua memori dan rangsangan. Anak yang kurang tidur mudah meragam, moody dan tak fokus di sekolah.

Langkah Berkesan Untuk Bina Anak Yang Kuat Minda dan Emosinya

1. Sediakan Pemakanan Otak Yang Menyokong Fungsi Kognitif
Berikan makanan tinggi Omega-3, antioksidan, vitamin B kompleks dan mineral penting. Jika anak sukar makan seimbang, ramai ibu bapa memilih solusi tambahan seperti Eskayvie Mindtropic, vitamin minda No.1 pilihan ibu bapa yang terbukti bantu fokus, tenang dan mudah faham.

 2. Galakkan Aktiviti Merangsang Neuron
Puzzle, muzik, bermain di luar, aktiviti seni- semua ini bantu otak aktif dan bina sambungan saraf lebih kukuh.

 3. Tetapkan Rutin Harian Yang Stabil
Rutin bantu anak rasa selamat dan stabil. Waktu makan, waktu belajar, waktu rehat- semua perlu konsisten supaya emosi tidak kacau-bilau.

4. Dengar Emosi, Bukan Sekadar Arahkan
Luangkan masa bercakap dan mendengar perasaan anak. Mereka tak minta jawapan sempurna, mereka cuma nak difahami.

 5. Kurangkan Masa Skrin, Tambahkan Sentuhan
Peluk, usap kepala, main bersama, ini bukan manja. Ia rangsangan emosi yang bantu otak hasilkan hormon ketenangan seperti oksitosin dan serotonin.

Kita tak perlu kejar anak jadi ‘anak genius’. Apa yang lebih penting ialah bantu mereka jadi anak yang stabil, yakin dan seronok belajar. Dan semuanya bermula dengan satu langkah kecil, bantu otak mereka berkembang dengan sihat, bantu emosi mereka terbina dengan kasih sayang serta beri mereka sokongan terbaik dengan vitamin minda No.1 pilihan ibu bapa, Eskayvie Mindtropic.

error: Content is protected !!