Neurotransmitter & Prestasi Akademik: Peranan Serotonin, Dopamine, Acetylcholine, Norepinephrine

Anak tak semangat nak sekolah, moody sepanjang hari dan tak boleh nak fokus masa belajar. Pernah alami situasi begini? Mungkin masalahnya bukan semata-mata anak itu ‘malas’ atau ‘degil’ , tapi ia berkait rapat juga dengan keseimbangan bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter. 

Apa Itu Neurotransmitter dan Kenapa Ia Penting?


Neurotransmitter ialah molekul minda yang sangat penting dan bertindak sebagai penyampai mesej antara sel-sel otak. Kalau mesej ini terganggu, maka tumpuan, motivasi, kebolehan berfikir dan emosi pun boleh terjejas.

Kenali 4 Neurotransmitter Penting dalam Pembelajaran:

  1. Serotonin – Bantu kawalan emosi.  Apabila paras serotonin seimbang, ia menghadikan mood ceria dan minat untuk belajar. Sebaliknya, anak cepat murung dan mood tak stabil.
  2. Dopamine – Meningkatkan motivasi untuk belajar dengan lebih gigih dan menghadirkan rasa seronok bila belajar. Tanpanya, anak jadi cepat lesu dan tak bersemangat nak belajar. 
  3. Acetylcholine – Penting untuk meningkatkan keupayaan otak menyimpan maklumat.
  4. Norepinephrine – Memberi keupayaan untuk fokus dengan baik dan membuat keputusan yang tepat. Sekiranya tak cukup, anak jadi cepat hilang fokus dan lambat bertindak.

Bagaimana Nak Kenal Tanda Ketidakseimbangan?


Kalau anak sering cepat hilang fokus, mengadu bosan atau terlalu emosi secara tiba-tiba, ini mungkin petanda neurotransmitter mereka tidak berada dalam keadaan optimum. Walaupun mereka cuba belajar, prestasi tetap merosot kerana otak mereka tidak berada dalam keadaan terbaik untuk menyerap maklumat.

Apa Punca Ketidakseimbangan Ini?


Beberapa faktor yang boleh menjejaskan keseimbangan neurotransmitter ialah:

  • Tekanan emosi yang berpanjangan – contohnya tekanan peperiksaan atau konflik di rumah.
  • Kurang tidur – mengganggu proses penghasilan bahan kimia penting dalam otak.
  • Diet tidak seimbang – kekurangan protein, vitamin B dan magnesium boleh ganggu fungsi otak.
  • Kurang bergerak – otak perlukan peredaran darah yang baik dan oksigen yang mencukupi.

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Membantu?

Anda boleh mula dengan memberi perhatian kepada pemakanan dan gaya hidup harian anak. Pastikan mereka:

  • Mengambil makanan seimbang, termasuk sayur, buah, sumber protein dan bijirin penuh.
  • Berikan mereka makanan tambahan yang mengandungi Phosphatidylserine seperti Eskayvie Mindtropic kerana ia dapat membantu menggalakkan rembesan 4 neurotransmitter penting dan mengawal keseimbangannya. 
  • Mendapat rehat dan tidur yang cukup setiap malam.
  • Beri mereka ruang untuk bergerak dan bersenam, walaupun hanya berjalan atau bermain di taman.
  • Beri sokongan emosi – beri mereka ruang untuk bercerita, didengari dan dihargai.


Prestasi akademik anak tidak boleh dilihat dari sudut latihan akademik semata-mata. Otak mereka bekerja dalam sistem yang kompleks dan neurotransmitter memainkan peranan utama dalam sistem ini. Sebagai ibu bapa, memahami bagaimana otak anak berfungsi, kita boleh bantu mereka capai potensi sebenar, bukan hanya dari sudut akademik, tetapi juga dari sudut nutrisi, emosi dan fizikal. Bila semua ini seimbang, anak akan lebih bersedia untuk belajar dan berkembang.

error: Content is protected !!