Perut Lapar, Otak Lemau: Elak 5 Kesilapan Makanan Sebelum Anak Belajar

Anak dah duduk depan buku tapi mata layu. Belajar lama tapi tak ingat. Setiap kali ulangkaji, cepat bosan, cepat letih. Ibu ayah pernah lalui situasi begini? Ramai ibu ayah risau bila anak kurang fokus semasa belajar, terutama bila musim peperiksaan makin dekat. Tapi apa yang ramai tak sedar, punca utamanya mungkin datang dari pemakanan anak itu sendiri.   

Otak anak perlukan tenaga dan nutrisi yang betul untuk menyokong tumpuan, memori dan emosi. Kalau makanan yang diambil tak sesuai, bukan saja tenaga cepat habis, malah anak juga boleh rasa lemau, hilang semangat dan akhirnya terus tak dapat menyerap apa-apa ilmu.

Jom semak 5 kesilapan pemakanan yang biasa dilakukan sebelum anak mula belajar atau mengulangkaji pelajaran.

 1. Biarkan Anak Belajar Dengan Perut Kosong

Ini antara kesilapan paling kritikal. Otak perlukan tenaga dan tenaga datang dari makanan. Bila anak belajar dalam keadaan lapar, tahap glukosa dalam darah menurun. Akibatnya, mereka jadi lemau dan susah fokus, mudah letih walau belajar sekejap, cepat stres atau murung.


Boleh mula berikan snek sihat seperti buah roti bijirin penuh atau telur rebus sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mula belajar.

 2. Hidang Makanan Bergula Tinggi Sebelum Belajar

Makanan seperti cereal manis, roti putih dengan coklat, air berkarbonat dan jajan boleh melonjakkan gula darah secara mendadak. Anak mungkin nampak aktif sekejap tapi akan cepat sangat jadi lesu dan ‘blur’ selepas itu.

Boleh gantikan dengan buah rendah glisemik seperti epal, pisang atau smoothies dengan susu tanpa gula tambahan.

3. Makan Terlalu Banyak Sebelum Belajar

Apabila perut terlalu kenyang, aliran darah akan lebih tertumpu kepada sistem penghadaman berbanding otak. Akibatnya anak jadi mengantuk dan malas nak bergerak, apatah lagi nak fokus belajar.

Biar anak makan sederhana dan elakkan heavy meal seperti nasi lemak atau mi goreng sebelum sesi belajar.

4. Tiada Protein dalam Hidangan

Protein membantu penghasilan neurotransmitter (bahan kimia otak) yang penting untuk daya fokus dan ingatan. Jika tiada sumber protein langsung, otak tak dapat bekerja secara optimum.

Masukkan sumber protein seperti telur, susu, yogurt atau kekacang dalam hidangan sebelum belajar.

 5. Tak Minum Air Cukup

Dehidrasi walaupun pada tahap ringan boleh menjejaskan fungsi kognitif otak, termasuk tumpuan, daya ingatan dan kestabilan emosi. Anak yang tidak mendapat hidrasi mencukupi berisiko mengalami sakit kepala, mudah terganggu emosi, serta kesukaran memahami pelajaran.

Pastikan anak minum air kosong secukupnya sebelum dan semasa belajar.

Sokong Fokus Anak dengan Vitamin Minda No.1 pilihan ibu bapa.

Selain pemakanan seimbang, sokongan nutrisi minda sangat penting terutama bila anak memasuki fasa pembelajaran intensif.

Eskayvie Mindtropic diformulasi khas dengan nutrien seperti:
Phosphatidylserine – kuatkan memori
Ashwagandha KSM-66–  tenangkan emosi dan kurangkan stres
Bacopa Monnieri – bantu fokus dan daya serap pelajaran
Magnesium & Selenium – stabilkan sistem saraf dan tenaga otak

Bila anak hilang fokus, itu bukan tanda mereka malas atau tak berusaha. Otak mereka mungkin kehabisan tenaga dan sumber tenaga itulah yang datang daripada apa yang mereka makan sebelum belajar, ulangkaji atau ke sekolah.

Sebagai ibu ayah, kita boleh mula bantu dari dapur rumah kita sendiri. Elakkan kesilapan kecil dalam pemakanan yang boleh beri kesan besar kepada prestasi anak. Pilih makanan yang menyokong fungsi otak dan jika mahu sokongan yang lebih menyeluruh, lengkapkan usaha anda dengan Eskayvie Mindtropic, vitamin minda No. 1 pilihan ibu bapa di Malaysia.

error: Content is protected !!