Phosphatidylserine: Nutrisi Hebat Untuk Otak Lebih Fokus dan Tajam

Pernah rasa otak ‘berkabut’, susah nak fokus atau makin kerap lupa perkara penting? Bila ini berlaku, ia bukan semata-mata kerana kurang tidur atau stres harian. Sebenarnya, otak kita mungkin kekurangan nutrien penting yang menyokong fungsi minda dan ingatan.

Hari ini, bukan remaja saja yang perlukan otak yang cergas. Pelajar sekolah, ibu bapa yang sibuk, mahasiswa dan warga emas juga berdepan cabaran kognitif yang semakin mencabar. Tekanan belajar, kerja bertimbun, gangguan media sosial dan gaya hidup tidak sihat- semuanya menyumbang kepada keletihan mental dan penurunan daya fokus.Tapi tahukah anda, ada satu nutrisi penting yang terbukti dapat menyokong kesihatan otak dan membantu kita berfikir dengan lebih jelas, tenang dan fokus? Nutrien ini dikenali sebagai Phosphatidylserine.

Apa Itu Phosphatidylserine?
Phosphatidylserine: Bahan Aktif yang Meningkatkan Prestasi Otak

Phosphatidylserine adalah komponen utama saraf otak yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi otak. Ia boleh mengaktifkan pelbagai enzim dalam otak, melambatkan pengurangan neurotransmitter, dan membantu membaiki sel-sel otak yang rosak.

Bahan nutrisi ini bersifat nootropik (bahan-bahan yang dapat meningkatkan fungsi kognitif dan keupayaan mental) yang diperlukan dan dipanggil super booster untuk otak. Fungsinya sama macam meningkatkan RAM komputer. Ia memainkan peranan penting untuk mengekalkan minda dan memori yang tajam.

Phosphatidylserine (PS) juga adalah salah satu komponen fosfolipid yang menjadi bahan binaan membran sel otak. Fosfolipid menyelaputi dan melindungi sel otak bagi memastikan mesej daripada satu sel ke sel yang lain dihantar dengan baik. 60% kandungan otak terdiri daripada lemak dan 40% darinya merupakan PS. PS menyokong fungsi kognitif dan aktiviti otak di setiap lapisan umur. 

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Phosphatidylserine dapat meningkatkan kecerdasan minda manusia. Antara manfaat Phosphatidylserine dari sudut sains:

●     Meningkatkan kapasiti penyimpanan memori (Kean et al., 2016)

●    Tingkatkan daya fokus dan kebolehan menyelesaikan masalah (Glade, M. J., &  Smith, K., 2015)

●     Mempercepatkan pergerakan signal maklumat (Kim H. Y. et al., 2014)

●     Mengurangkan stres dan masalah kemurungan ( Komori T, 2015)

Phosphatidylserine ini akan meningkatkan kadar metabolisme glukosa di dalam sel otak. Hasil metabolisme ini akan merangsang keaktifan sel otak dan meningkatkan daya ingatan dan daya tumpuan.

Phosphatidylserine turut menyokong perembesan neurotransmitter utama iaitu: 

  • Serotonin – Mengawal mood dan emosi
  • Dopamine – Meningkatkan motivasi dan positiviti
  • Norepinephrine – Meningkatkan fokus dan kewaspadaan
  • Acetylcholine – Memperbaiki kognitif dan memori

Makanan yang tinggi dengan Phosphatidylserine termasuk:

  1. Soya
  2. Ikan
  3. Telur
  4. Organ haiwan seperti hati (ayam atau lembu).

Makanan tambahan Phosphatidylserine diekstrak daripada sumber: 

  1. Ikan
  2. Soya
  3. Bunga matahari
  4. Kobis
Manfaat Phosphatidylserine Untuk Otak

Kajian klinikal dan makmal menunjukkan bahawa pengambilan Phosphatidylserine secara konsisten dapat menyokong pelbagai fungsi kognitif. Antaranya:

1. Tingkatkan Daya Ingatan

Phosphatidylserine telah dikaji secara meluas dalam kalangan warga emas yang mengalami masalah daya ingatan. Hasilnya, PS membantu memperbaiki memori jangka pendek dan panjang, terutamanya dalam kes awal kemerosotan kognitif.

2. Bantu Fokus dan Tumpuan

PS membantu otak mengekalkan aliran komunikasi yang lancar antara sel, sekaligus membolehkan kita kekal fokus dalam jangka masa yang lama — sangat sesuai untuk pelajar, profesional atau mereka yang mudah terganggu dengan gangguan sekeliling.

3. Kurangkan Kesan Stres

Phosphatidylserine juga membantu mengawal paras kortisol, iaitu hormon stres dalam badan. Ini menjadikan kita lebih tenang dan kurang terkesan dengan tekanan emosi atau beban kerja yang berat.

4. Sokong Kesihatan Otak Jangka Panjang

Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa PS boleh melambatkan kemerosotan fungsi otak, sekali gus menyokong kesihatan mental dalam jangka panjang  termasuk untuk mencegah risiko penyakit seperti Alzheimer tahap awal.

Eskayvie Mindtropic diformulasi khas menggunakan Phosphatidylserine untuk menyokong prestasi mental dan kesihatan otak secara menyeluruh. Kesihatan otak adalah asas kepada kehidupan yang berkualiti. Phosphatidylserine memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu otak kita kekal cekap, fokus dan tenang dalam dunia yang penuh tekanan hari ini. Sama ada untuk bantu anak lebih mudah belajar, bantu diri sendiri kurangkan stres kerja atau lindungi ingatan di usia emas,Phosphatidylserine adalah antara nutrien terbaik untuk minda yang cerdas.

error: Content is protected !!