Anak anda nampak cepat hilang fokus, mudah bosan bila belajar atau sering mengadu penat walaupun sudah cukup tidur? Masalah seperti ini bukan semata-mata soal disiplin atau kurang usaha. Ia mungkin berpunca daripada otak anak yang tidak mendapat sokongan secukupnya untuk berfungsi dengan baik.
Dalam otak manusia, terdapat sejenis bahan kimia penting yang dipanggil neurotransmitter dan fungsinya ialah menghantar isyarat antara sel otak. Tanpa neurotransmitter yang cukup dan seimbang, anak akan sukar untuk memberi tumpuan, menyimpan maklumat, mengawal emosi atau kekal bermotivasi
Salah satu nutrisi yang menyokong keseimbangan neurotransmitter ini ialah phosphatidylserine, sejenis lemak sihat yang secara semula jadi wujud dalam membran sel otak. Ia bantu memperkuat komunikasi antara sel otak dan menyokong penghasilan bahan-bahan penting untuk proses pembelajaran dan kestabilan emosi.

Berikut adalah empat neurotransmitter utama yang disokong oleh phosphatidylserine, dan bagaimana ia memberi kesan langsung kepada prestasi anak:
1. Serotonin – buat anak seronok belajar
Serotonin dikenali sebagai bahan kimia yang mengawal mood dan emosi. Bila serotonin dalam otak cukup:
- Anak lebih relaks dan kurang gelisah
- Tidak mudah marah atau tertekan
- Tidur lebih lena, bangun lebih segar
Phosphatidylserine bantu menstabilkan serotonin, menjadikan anak lebih bersedia secara emosi untuk fokus semasa belajar.
2. Dopamine – Untuk Semangat
Dopamin pula terlibat dalam sistem ganjaran otak. Bila tahap dopamin mencukupi:
- Anak lebih bermotivasi dan minat untuk belajar
- Ada rasa puas bila berjaya capai sesuatu
- Tidak mudah bosan atau putus asa
Phosphatidylserine membantu menyokong tahap dopamin secara semula jadi agar anak lebih aktif dan positif dalam proses pembelajaran.
3. Acetylcholine – Untuk Daya Ingatan dan Kefahaman
Acetylcholine ialah neurotransmitter utama untuk memori dan pembelajaran. Ia bantu anak:
- Simpan maklumat jangka pendek dan panjang
- Cepat faham dan ‘tangkap’ isi pelajaran
- Buat sambungan antara apa yang dipelajari
Phosphatidylserine menyokong pembentukan acetylcholine untuk bantu otak anak menyusun dan menyimpan maklumat dengan lebih berkesan.
4. Norepinephrine – Untuk Fokus dan Tindak Balas Pantas
Norepinephrine membantu anak:
- Lebih fokus dalam suasana bising atau mencabar
- Kawal tekanan semasa ujian atau pembentangan
- Bertindak balas dengan lebih tenang dan teratur
Phosphatidylserine bantu menyeimbangkan norepinephrine, menjadikan anak lebih fokus dan tahan tekanan.

Kenapa Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu Tentang Neurotransmitter
Setiap hari, otak anak bekerja tanpa henti untuk belajar, mengingat, memahami, mengawal emosi, bergaul dengan rakan dan menghadapi tekanan. Tapi semua ini tak akan berlaku jika otak kekurangan “bahan penghantar isyarat” yang dipanggil neurotransmitter.
Bayangkan sel otak macam orang yang nak berkomunikasi. Kalau tak ada telefon, mesej tak sampai. Begitu juga otak anak, tanpa neurotransmitter yang cukup, mesej antara sel jadi lambat, bercelaru atau langsung tak sampai.
Apa yang akan berlaku?
- Anak mudah hilang fokus, tak boleh kekal lama bila belajar
- Mereka jadi cepat letih dan mengantuk, walaupun dah cukup tidur
- Susah nak ingat fakta penting, walaupun dah ulang banyak kali
- Emosi tak stabil- cepat marah, mudah kecewa, tak bermotivasi
- Ada yang sampai rasa kosong, tak tahu nak mula belajar dari mana