Ibu ayah mestilah risau bila pagi-pagi lagi anak dah rasa letih, susah beri tumpuan dan langsung tak bersemangat nak belajar. Sepatutnya waktu pagi adalah masa yang sangat produktif. Bukan baru buka buku dah menguap atau hanya fokus tak sampai lima minit dan selepas itu termenung. Ramai yang tak tahu, punca sebenar bukanlah sebab anak malas, manja atau tak cukup tidur.
Jawapan kepada masalah ini adalah sesuatu yang kita semua selalu terlepas pandang iaitu anak tak minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur. Kajian menunjukkan bahawa walaupun kehilangan hanya 2% air dalam tubuh boleh menjejaskan fungsi otak termasuk daya tumpuan, kelajuan berfikir dan tahap emosi. Ini amat membimbangkan kerana ramai anak-anak memulakan hari mereka tanpa setitis air pun, terus bersiap ke sekolah dan terus belajar dengan otak yang masih ‘kering’.
Doktor perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkongsi satu amalan asas yang ramai ibu ayah terlepas pandang iaitu untuk menggalakkan anak-anak minum 500ml air kosong sebaik sahaja bangun tidur.

Kebaikan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur untuk Otak Anak
1. Meningkatkan Prestasi Kognitif dan Daya Fokus Anak
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan air di awal pagi mampu meningkatkan mood, fokus dan daya ingatan. Otak yang terhidrasi lebih mudah menyerap dan memproses maklumat baharu dan sangat penting untuk anak-anak yang sedang belajar.
2. Mengaktifkan Fungsi Otak dengan Lebih Efektif
Otak manusia terdiri daripada 73% air. Kehilangan walau hanya 2% air boleh mengganggu fokus dan memperlahankan pemprosesan maklumat. Minum air membantu otak kembali bekerja dengan lebih efisien dan cepat.
3. Meningkatkan Kesihatan Fizikal Anak Secara Keseluruhan
Amalan minum air kosong bukan hanya untuk minda tetapi memberi kesan menyeluruh pada tubuh. Antaranya:
- Meningkatkan metabolisme hingga 30%, bantu anak kekal aktif sepanjang hari
- Membuang toksin yang terkumpul dalam tubuh semasa tidur.
- Melancarkan sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrisi lebih baik.
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
Tonton video:
Langkah Kecil, Impak Besar: Kunci Otak Sihat Bermula dengan Air
Percaya atau tidak, satu gelas besar air kosong setiap pagi mampu membawa perubahan besar kepada prestasi otak anak anda. Amalan mudah ini menjadi asas penting untuk:
- Lebih fokus dan peka dalam kelas
- Lebih mudah faham dan tangkap silibus pembelajaran
- Memori yang lebih kuat dan tajam
- Emosi yang lebih stabil, ceria dan tenang

Dalam era digital yang pantas dan silibus pembelajaran yang smakin mencabar, anak-anak memerlukan otak yang sentiasa aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk menyerap ilmu. Tanpa asas kesihatan minda yang kukuh, segala usaha untuk bantu mereka belajar boleh jadi sia-sia. Jadikan tabiat minum 500ml air kosong sejurus bangun tidur sebagai langkah kecil yang memberi kesan besar terhadap masa depan anak.
Pastikan juga bekalan nutrisi untuk otak mereka mencukupi dengan Eskayvie Mindtropic
Diformulasi menggunakan 5 ramuan hebat iaitu Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri, Magnesium dan Selenium, kombinasi lengkap bahan nootropik (penggalak minda) dan bahan adaptogen (mengawal stres), menjadikannya vitamin booster minda terbaik bagi memaksimakan keupayaan dan prestasi para pelajar seawal usia 13 tahun.
Eskayvie Mindtropic Junior pula diformulasi secara khusus dengan Phosphatidylserine, Alpha-Linolenic Acid, DigeZyme, Multivitamin dan Multimineral, Prebiotik serta 22 ekstrak buahan dan sayuran serta Moringa Oleifera. Gabungan bahan-bahan ini menyokong tumbesaran yang sihat serta perkembangan minda anak-anak sekaligus menguatkan memori dan daya ingatan mereka.