“Anak saya ni sebenarnya bijak, tapi… kenapa macam tak menyerlah?”
Soalan ini sering terlintas dalam fikiran ibu bapa yang prihatin. Anak nampak cerdik, cepat tangkap bila belajar tapi bila tiba masa peperiksaan, keputusan tak seperti yang dijangka. Ada juga anak yang awalnya menunjukkan prestasi cemerlang tapi makin lama makin sukar fokus, cepat penat dan hilang semangat belajar.
Hakikatnya, setiap anak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi genius dalam kapasiti dan cara mereka tersendiri. Namun, potensi ini tidak akan menyerlah dengan sendiri. Ia perlu dikenalpasti, dirangsang dan disokong secara menyeluruh dari segi emosi, pemakanan, gaya hidup dan rangsangan minda yang berterusan.

Ibu ayah boleh bantu anak-anak terutamanya pelajar sekolah menengah untuk mengaktifkan potensi minda mereka dengan cara yang lebih baik.
1. Otak Aktif Tapi Mudah Terganggu- Ini Tanda Perlu Diberi Perhatian
Ramai anak hari ini berpotensi tinggi tetapi mudah hilang fokus. Otak mereka sedang berkembang pesat, namun sangat terdedah kepada tekanan emosi, persekitaran negatif dan beban akademik.
Gangguan kecil seperti masalah tidur, konflik di sekolah atau tekanan media sosial boleh menjejaskan keupayaan otak untuk fokus, menyimpan maklumat dan membuat keputusan.
Apa ibu bapa boleh buat:
- Wujudkan rutin harian yang seimbang antara belajar dan berehat.
- Elakkan tekanan berlebihan.
- Luangkan masa untuk berbual dan fahami dunia dalaman anak.
2. Pemakanan yang Tidak Menyokong Otak Anak
Tanpa nutrien otak yang mencukupi, anak mungkin nampak sihat dari luar tapi minda mereka sebenarnya letih. Kekurangan zat dan nutrisi penting boleh menyebabkan:
- Susah untuk fokus
- Cepat letih mental
- Daya ingatan merosot
- Gaya hidup moden dengan makanan segera, jadual tidak tetap dan waktu belajar yang panjang hanya memburukkan keadaan
Apa ibu bapa boleh buat:
- Galakkan pengambilan makanan yang baik untuk otak
- Pertimbangkan suplemen minda seperti Eskayvie Mindtropic yang dirumus dengan nutrien penting untuk menyokong fokus dan daya kognitif anak.
3. Sokongan Emosi Lebih Penting Daripada Yang Disangka
Anak yang bijak tidak akan dapat menyerlah jika jiwanya tertekan. Tekanan emosi yang berpanjangan sama ada dari rumah, sekolah, guru atau kawan boleh menjejaskan fungsi otak seperti memori, tumpuan dan motivasi.
Apa ibu bapa boleh buat:
- Beri ruang untuk anak luahkan perasaan tanpa dihukum.
- Gunakan pendekatan terbuka dan bukan paksaan.
- Hargai usaha, bukan hanya keputusan.
4. Genius Bukan Sekadar Hafal, Tapi Cara Anak Berfikir
Anak yang hanya belajar untuk peperiksaan belum tentu benar-benar memahami. Apa yang lebih penting ialah kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat pilihan.
Otak yang dilatih untuk berfikir akan lebih tajam, fleksibel dan tahan terhadap tekanan. Inilah ciri sebenar ‘genius’ yang tahan lama.
Apa ibu bapa boleh buat:
- Galakkan perbincangan dua hala. Tanyakan pandangan anak.
- Gunakan soalan terbuka dan berikan ruang untuk mereka berfikir sendiri.
- Ajak anak bermain permainan strategi dan aktiviti berbentuk logik.
Setiap anak dilahirkan dengan potensi dab kebolehan yang luar biasa. Namun, tanpa sokongan menyeluruh dari aspek emosi, nutrisi, pembelajaran dan gaya hidup, potensi ini tidak akan menyerlah.
Genius boleh dibentuk, hari demi hari, dengan kasih sayang, kepercayaan dan bimbingan yang konsisten daripada ibu bapa. Anak yang tenang jiwanya, cukup nutrisinya dan stabil emosinya, akan lebih mudah menyerlah dalam pelajaran dan kehidupan.
Jadi jika anda perasan anak anda sebenarnya bijak tetapi belum menunjukkan prestasi yang cemerlang jangan cepat risau atau menghukum. Mungkin mereka hanya perlukan sedikit ruang dan sokongan yang berterusan daripada ibu ayah.



