Setiap hari, otak kita bekerja lebih kuat daripada yang kita sedar untuk bantu kita fokus, buat keputusan, ingat maklumat, kawal emosi, dan tangani stres. Namun bila anak makin susah nak fokus waktu belajar, ibu ayag sendiri cepat lupa atau selalu rasa serabut, itu mungkin petanda otak sedang penat dan tak cukup ‘bahan bakar’.
Ramai tak tahu bahawa otak perlukan nutrien tertentu untuk kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Salah satu yang paling penting ialah phosphatidylserine, sejenis lemak semula jadi dalam sel otak yang bantu proses komunikasi antara sel, kuatkan daya ingatan dan kurangkan stres.
Dan dalam dunia hari ini yang penuh dengan tekanan sama ada untuk pelajar, ibu bapa atau orang dewasa yang sibuk bekerja, Phosphatidylserine bukan lagi pilihan tapi satu keperluan.

Apa Fungsi Phosphatidylserine?
Phosphatidylserine (PS) ialah nutrien penting yang berperanan langsung dalam memastikan otak kita berfungsi dengan baik. Ia bukan sekadar sejenis lemak biasa, tetapi komponen utama dalam membran sel otak, bertanggungjawab memastikan sel-sel otak ‘berhubung’ secara efisien.
Antara fungsi utama phosphatidylserine:
1. Melancarkan Komunikasi Sel Otak
PS memastikan isyarat antara sel otak bergerak lancar. Ini penting untuk pembelajaran, membuat keputusan dan menyimpan maklumat dengan cekap.
2. Menyokong Daya Ingatan dan Tumpuan
Membantu pembentukan dan penyimpanan memori — dari jangka pendek ke jangka panjang. Sangat berguna untuk pelajar, warga kerja dan sesiapa yang mahu kekal fokus.
3. Mengurangkan Tekanan dan Stres Mental
Phosphatidylserine terbukti menurunkan paras kortisol, iaitu hormon stres utama, sekaligus bantu kita lebih tenang dalam situasi mencabar.
4. Menstabilkan Emosi dan Mood
Ia menyokong keseimbangan kimia otak agar emosi tidak mudah terganggu- penting untuk remaja, pelajar dan dewasa yang berdepan tekanan sosial atau kerja.
5. Lindungi Otak Dari Penuaan Awal
PS juga bertindak sebagai antioksidan semula jadi yang melindungi sel otak daripada kerosakan dan membantu kekalkan prestasi otak lebih lama.
Siapa Yang Perlukan Phosphatidylserine?
1. Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Untuk bantu mereka lebih fokus semasa belajar, kurangkan keletihan mental dan tingkatkan daya ingatan ketika ulangkaji dan peperiksaan.
2. Remaja Yang Mudah Cemas atau Hilang Fokus
PS bantu stabilkan emosi, kurangkan keresahan dan bantu merekakekal tenang.
3. Ibu Bapa & Dewasa Yang Banyak Guna Tenaga Mental
Untuk kekal fokus, elak cepat letih otak serta urus stres harian dengan lebih baik.
4. Warga Emas Yang Risau Tentang Memori
Phosphatidylserine bantu memperlahankan penurunan fungsi kognitif dan mengekalkan daya ingatan.
5. Atlet dan Individu Aktif
Untuk kurangkan tekanan fizikal dan mental serta tingkatkan tumpuan semasa latihan dan pertandingan.
Bagaimana Nak Dapatkan Phosphatidylserine?
Sumber makanan seperti soya dan ikan hanya membekalkan PS dalam jumlah kecil. Untuk kesan optimum, suplemen adalah pilihan yang lebih praktikal.
Contohnya, Eskayvie Mindtropic mengandungi:
✅ Phosphatidylserine untuk sokongan fungsi otak
✅ Ashwagandha KSM-66 -untuk keseimbangan emosi dan stres
✅ Bacopa Monnieri – untuk memori dan pembelajaran
✅ Magnesium – untuk sistem saraf dan rehat berkualiti
✅ Selenium – untuk perlindungan sel otak
Sesuai untuk pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, dewasa bekerja dan warga emas.
Bila otak kekurangan rehat dan nutrisi yang diperlukan, kesannya bukan sekadar hilang fokus. Kita jadi mudah marah, lesu sepanjang hari, hilang motivasi untuk belajar atau bekerja. Perlahan-lahan, prestasi dan semangat hidup pun merosot.
Itulah sebabnya penting untuk beri otak sokongan yang betul, dari dalam. Phosphatidylserine ialah nutrisi utama yang terbukti secara klinikal membantu menguatkan daya ingatan, tingkatkan fokus dan tenangkan emosi, terutamanya bila tekanan hidup makin tinggi. Sama ada anak yang sedang belajar, remaja atau ibu ayah yang penat urus rumahtangga dan kerja, semuanya memerlukan otak yang kuat untuk terus melangkah setiap hari.