Ramai di kalangan ibu ayah dah berhabis ribuan ringgit hantar anak-anak pergi tuisyen, beli buku latihan, macam-macam teknik belajar pun dah cuba. Walaupun dah berusaha macam-macam, tak nampak pun ada perubahan. Anak masih susah sangat nak nak fokus dan cepat lupa apa yang dipelajari.
Paling mencabar bila setiap kali buat ulangkaji, sekejap sahaja dah lupa balik. Lama kelamaan anak pun makin hilang semangat untuk belajar.Sebenarnya ramai ibu bapa mengalami perkara yang sama, lebih-lebih lagi bila prestasi akademik anak mula merosot. Ibu ayah mula tertanya-tanya, di mana silapnya? Hakikatnya, otak anak anda mungkin sedang ‘letih’ dan memerlukan bantuan.
Tanpa nutrisi yang mencukupi, otak tidak mampu bekerja dengan cekap. Minda anak-anak jadi lambat memproses maklumat, sukar menyimpan memori dan cepat hilang tumpuan. inilah antara punca utama anak ketinggalan dalam pelajaran walaupun mereka sebenarnya bijak dan berpotensi besar.

5 Tanda Jelas Minda Anak Perlu Dibantu
Berikut ialah antara isyarat awal yang sering berlaku tetapi kerap diabaikan:
1. Mudah lupa apa yang dipelajari
Baru belajar semalam, hari ini dah tak ingat? Ini menandakan maklumat tidak berjaya disimpan dalam memori jangka panjang dan otak anak kekurangan sokongan untuk menguatkan proses ingatan.
2. Sukar fokus lebih dari beberapa minit
Anak tidak boleh duduk diam, mudah teralih perhatian, atau sukar menyiapkan kerja sekolah tanpa gangguan? Ini mungkin petanda anak mempunyai jangka masa perhatian (attention span) yang pendek. Otak mereka memerlukan rangsangan dan sokongan yang betul untuk kembali fokus dan mengekalkan tumpuan lebih lama.

3. Mudah lesu dan hilang semangat belajar
Kalau anak nampak lemah, cepat putus asa atau tidak berminat untuk ulangkaji walaupun tidak sakit, ini mungkin kerana otak tidak mendapat tenaga dan nutrisi yang cukup untuk berfungsi secara optimum.
4. Tantrum atau emosi tidak stabil ketika belajar
Cepat marah, menangis bila tak faham atau enggan teruskan belajar? Emosi ini sering berpunca daripada ketidakseimbangan kimia otak, yang boleh diperbaiki melalui pemakanan dan sokongan nutrisi yang tepat.
5. Lambat pick-up berbanding rakan sebaya
Anak yang perlukan masa lebih lama untuk faham sesuatu atau selalu tertinggal dalam kelas bukanlah bermakna dia tidak bijak. Sebaliknya minda mereka perlukan rangsangan tambahan untuk berfungsi dengan lebih baik.
Apa Yang Anak Perlukan Untuk Minda Lebih Fokus dan Kuat?
Untuk bantu anak kembali fokus, cepat faham dan skor dalam pelajaran, mereka memerlukan gabungan strategi fizikal, mental dan nutrisi. Antaranya:
- Pemakanan seimbang – Berikan makanan tinggi protein, omega-3, sayuran hijau, buah-buahan dan lemak sihat
- Tidur yang cukup dan berkualiti– Minimum 8-10 jam sehari untuk tumbesaran dan pembentukan memori
- Sokongan emosi dan motivasi– Peluk, beri semangat dan elakkan tekanan yang berlebihan
- Rangsangan minda melalui aktiviti – Membaca bukui, teka silang kata, seni dan muzik
- Beri vitamin minda yang terbukti berkesan– Nutrisi seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66® dan Bacopa Monnieri adalah nutrisi yang diperlukan untuk minda cerdas dan fokus tajam

Bantu Anak Serlahkan Potensi Hebat Mereka Hari Ini
Setiap anak dilahirkan dengan potensi luar biasa. Tugas kita sebagai ibu ayah adalah membantu mereka membina asas minda yang kuat agar mereka boleh belajar dengan lebih yakin, ceria dan bersemangat.
Memberikan suplemen atau vitamin minda adalah pelengkap yang membantu otak anak berfungsi lebih cekap dan efisien. Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah pilihan yang terbukti membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan prestasi akademik anak-anak.