Kemampuan anak untuk belajar dengan baik bukan hanya bergantung pada berapa lama mereka belajar atau berapa banyak mereka ulangkaji. Ia juga sangat dipengaruhi oleh apa yang masuk ke dalam tubuh mereka setiap hari. Sama seperti mesin yang perlukan minyak berkualiti untuk berjalan lancar, otak anak memerlukan bahan binaan yang betul untuk bekerja dengan cekap.
Dua nutrisi yang terbukti memainkan peranan besar dalam menyokong kesihatan otak dan prestasi pembelajaran anak ialah phosphatidylserine dan Omega-3. Walaupun namanya agak saintifik, fungsinya sangat praktikal iaitu untuk meningkatkan tumpuan, membantu pemahaman dan menyokong daya ingatan anak.
Phosphatidylserine: Penghubung Utama Antara Sel Otak
Phosphatidylserine ialah sejenis lemak sihat (fosfolipid) yang wujud secara semula jadi dalam otak manusia, dan memainkan peranan penting dalam komunikasi antara sel otak (neuron).
Kelebihan utamanya termasuk:
- Mempercepatkan penghantaran maklumat antara neuron
- Mengukuhkan memori jangka pendek dan panjang
- Meningkatkan tumpuan dan daya fikir anak semasa belajar
- Mengurangkan keletihan mental, terutamanya selepas tempoh pembelajaran yang panjang
Phosphatidylserine ialah ‘wayar komunikasi’ dalam otak yang memastikan segala maklumat yang diterima diproses dengan cepat dan berkesan. Bila jumlahnya mencukupi, anak lebih mudah ingat dan lebih cepat faham.
Omega-3: Nutrien Penting untuk Struktur dan Fungsi Otak
Omega-3 pula merupakan asid lemak penting yang terdiri daripada DHA (docosahexaenoic acid) dan ALA (alpha-linolenic acid). DHA adalah komponen utama dalam struktur otak, dan sangat penting untuk perkembangan saraf yang sihat.
Fungsi utama Omega-3 termasuk:
- Membina dan menyuburkan sel otak
- Melancarkan penghantaran isyarat saraf
- Meningkatkan kebolehan memahami maklumat dan fokus jangka panjang
- Membantu menstabilkan emosi dan kawalan tingkah laku
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cukup DHA dan Omega-3 menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran, kurang masalah tingkah laku dan lebih tenang secara emosi.
Gabungan Phosphatidylserine dan Omega-3: Resipi Untuk Otak Yang Lebih Cekap
Gabungan dua nutrien ini boleh disamakan seperti membina jalan raya dan memastikan trafik lancar. Phosphatidylserine membantu maklumat bergerak cepat dan tepat, manakala Omega-3 memastikan jalan komunikasi itu sentiasa dalam keadaan baik dan aktif.
Bila dua nutrien ini diambil bersama, hasilnya:
✅ Lebih mudah fokus dalam kelas
✅ Pemprosesan maklumat lebih cepat dan efisien
✅ Memori jangka panjang lebih kuat
✅ Emosi lebih stabil semasa belajar
✅ Tenaga mental bertahan lebih lama
Sumber Makanan Semula Jadi yang Kaya Dengan Phosphatidylserine dan Omega-3
Antara sumber terbaik bagi phosphatidylserine termasuklah kuning telur, hati ayam, ikan seperti makarel dan tuna serta makanan berasaskan soya seperti tofu dan kacang soya. Semua ini membantu menyokong komunikasi antara sel otak dan meningkatkan keupayaan anak untuk menyerap maklumat dengan lebih baik.
Bagi Omega-3 pula, pilihan paling kaya adalah ikan berlemak seperti salmon, sardin dan tenggiri. Selain itu, minyak ikan, chia seed, flaxseed, minyak biji rami, telur yang diperkaya dengan Omega-3, dan kacang walnut juga merupakan sumber yang sangat berkhasiat.
Nutrien ini penting untuk membina struktur otak dan menyokong fungsi tumpuan serta kawalan emosi anak.
Namun begitu, tak semua anak makan ikan atau makanan tertentu setiap hari. Ditambah dengan gaya pemakanan moden yang cepat dan ringkas, sukar untuk anak dapatkan semua nutrien ini secukupnya hanya melalui makanan harian.
Jika anak picky eater, cepat letih belajar, susah fokus atau menunjukkan tanda-tanda keletihan mental, sokongan nutrisi tambahan yang mengandungi phosphatidylserine dan Omega-3 boleh dipertimbangkan
Pelaburan terbaik untuk anak bukan hanya pada buku atau kelas tambaha tetapi pada apa yang menyuburkan otak mereka setiap hari.
Phosphatidylserine dan Omega-3 adalah nutrien penting yang boleh menjadi perbezaan antara anak yang sekadar hafal dan anak yang benar-benar faham dan berkembang.
Jadi, sebelum kita risaukan keputusan peperiksaan atau daya ingatan anak, mari kita semak semula sudah cukupkah nutrisi untuk otaknya berfungsi dengan cemerlang?